Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463747
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMushrifah Idris, Prof. Dato' Sri Dr.-
dc.contributor.authorRuhaya Razali (P73096)-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:36:40Z-
dc.date.available2023-09-25T09:36:40Z-
dc.date.issued2018-10-04-
dc.identifier.otherukmvital:107620-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463747-
dc.descriptionBiogas merupakan gas yang dihasilkan melalui pencernaan biologi bahan organik dengan ketiadaan oksigen (pencernaan anaerobik). Kajian ini bertujuan untuk menilai potensi penghasilan biogas daripada sisa - sisa kilang kelapa sawit iaitu efluen kilang minyak sawit (POME - Palm Oil Mill Effluent), tandan buah kosong (EFB - Empty Fruit Bunch), gentian mesokarpa (MF - Mesocarp Fibre) dan tempurung isirung sawit (PKS - Palm Kernel Shell). Sisa - sisa diambil dari Kilang Kelapa Sawit Felda Chini 3, Pekan, Pahang. Penyaringan awal sampel telah dijalankan untuk mengkaji ciri-ciri sampel iaitu jisim kering (DM - Dry Mass), jisim kering organik (ODM - Organic Dry Mass), nisbah karbon kepada nitrogen (K:N) dan kandungan nutrien. Keputusan ujian ODM menunjukkan bahawa EFB menghasilkan nilai ODM tertinggi (97%) manakala POME mempunyai nilai ODM terendah (85%) berbanding sampel yang lain. Untuk nilai nisbah karbon kepada nitrogen (K:N), sampel POME, EFB dan MF mempunyai nilai ideal iaitu diantara 20:1 hingga 30:1 untuk menghasilkan kuantiti biogas yang optimum. Sampel POME dan EFB dipilih dari analisis awal dan digunakan untuk mengukur pengeluaran biogas dari setiap sampel menggunakan modul ujian potensi bio-metana (BMP). Ujian BMP telah dijalankan selama 20 hari dalam keadaan mesofilik (37°C) untuk kedua-dua sampel. Ujian BMP juga dijalankan untuk inokulum sebagai kawalan negatif dan selulosa microcrystalline (MCC) sebagai kawalan positif. Sisa kelapa sawit POME dan EFB dapat menghasilkan biogas dengan kandungan gas metana yang tinggi di mana POME menghasilkan 1465.2 mLN/gODM (65.2% gas metana, 34.8% gas karbon dioksida) dan EFB 225.6 mLN/gODM (57.1% gas metana, 42.9% gas karbon dioksida). Pencilan bakteria telah dikenalpasti menggunakan ujian biokimia (kit API 20A) dan ujian molekular (penjujukan gen 16s rRNA). Bakteria yang dikenalpasti melalui ujian biokimia adalah Bifidobacterium spp 2 dan Clostridium bifermentans. Genus dan spesis bakteria yang diperolehi diperkukuhkan lagi dengan menggunakan kaedah analisis jujukan gen 16S rRNA untuk penentuan spesis yang lebih tepat. Lima jenis bakteria anaerobik yang disaring dari proses penapaian POME, MCC dan inokulum yang berjaya dikenalpasti serta berperanan dalam penghasilan biogas adalah Clostridium bifermentans, Bifidobacterium spp 2, Clostridium butyricum, Bacillus mycoides dan Klebsiella oxytoca. Berdasarkan keputusan daripada semua ujian yang telah dijalankan dapat disimpulkan bahawa sisa kilang kelapa sawit POME dan EFB mempunyai nilai dan ciri-ciri substrat yang ideal serta berpotensi dalam menghasilkan biogas dengan kandungan gas metana yang tinggi.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectBiogas-
dc.subjectBiomass energy-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePenghasilan biogas dan pengenalpastian bakteria anaerobik daripada sisa kilang kelapa sawit-
dc.typetheses-
dc.format.pages118-
dc.identifier.callnoTP359.B48R834 2018 tesis-
dc.identifier.barcode003846(2019)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_107620+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
974.38 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.