Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463746
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAminah Abdullah, Prof. Dr.
dc.contributor.authorAzan Azuwan Baharuddin (P69912)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:36:38Z-
dc.date.available2023-09-25T09:36:38Z-
dc.date.issued2018-12-27
dc.identifier.otherukmvital:107619
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463746-
dc.descriptionDaging kambing merupakan salah satu sumber protein kepada negara, namun begitu kajian secara menyeluruh ke atas kualiti daging ini masih terhad. Kajian Knowledge, Attitude & Perception (KAP) sebagai kajian permulaan telah dibuat secara soalselidik ke atas 265 responden, terdiri daripada 100 Melayu, 90 Cina dan 75 India. Kajian ini dijalankan di kawasan Bandar Kajang, Selangor. Hasil kajian soal-selidik menunjukkan tahap pengetahuan responden mengenai daging kambing adalah sederhana. Manakala sikap responden berkaitan daging kambing adalah sederhana. Seterusnya kajian soal-selidik mengenai persepsi responden ke atas daging kambing adalah pada tahap sederhana. Pola pengambilan daging kambing paling tinggi oleh responden dapat dikesan di dapati pada sebulan sekali. Sebanyak 44% responden memperoleh daging kambing daripada restoran berbanding sumber lain. Dari segi tahap pengetahuan, baka katjang merupakan baka kambing yang paling diketahui oleh responden (49.4%). Bagi maklumat nutrisi, makro nutrien tertinggi yang diketahui responden di dalam daging kambing ialah protein (39.6%) dan yang terendah ialah mineral (4.8%). Kaedah memasak daging kambing secara panggang di dapati sebagai kaedah memasak yang paling digemari oleh responden (37.2%). Penilaian fizikokimia, iaitu analisis makronutrien dibuat ke atas baka-baka kambing dibandingkan dengan biri-biri dan lembu untuk menentukan perbezaan fizikokimia diantara kedua dua ruminan ini. Keputusan analisis makronutrien menunjukkan daging kambing bagi baka Boer, Jamnapari dan Katjang iaitu untuk komponen kelembapan, lemak kasar, protein kasar dan kandungan abu masing-masing ialah 73.06, 80.03, 74.99; 2.76, 3.67, 2.94; 20.81, 20.56, 22.47 dan 0.97, 0.97, 1.21. Sebaliknya keputusan analisis makronutrien bagi biri-biri dan lembu ialah 73.52, 77.90; 5.06, 3.47; 22.50, 22.30 dan 1.17, 1.23. Keputusan makronutrien menunjukkan tiada perbezaan signifikan (p>0.05) antara baka-baka kambing, biri-biri dan lembu bagi komponen lemak, protein kasar dan kandungan abu. Sebaliknya terdapat perbezaan signifikan (p<0.05) bagi komponen kelembapan. Bagi keputusan profil asid lemak, terdapat 3 jenis asid lemak yang utama di dalam baka daging kambing tempatan iaitu asid oleik (C18:1n9c), asid palmitik (C16:0) dan asid stearik (C18:0). Ketiga-tiga asid lemak ini mempunyai peratusan di antara 65.3% - 88.39%. Keputusan nilai kandungan kolesterol antara baka-baka kambing, yang tertinggi ialah baka Boer (57.25mg/100g), sebaliknya yang terendah ialah baka Jamnapari (9.9 mg/100g). Terdapat perbezaan yang signifikan (p < 0.05) kandungan kolesterol diantara baka-baka kambing, biri-biri dan lembu. Penilaian asas sensori ke atas daging kambing yang telah disembelih secara kaedah halal menunjukkan kaedah penggorengan adalah pilihan panel (n=30) berbanding kaedah pemanggangan dan kaedah perebusan. Selain itu, penentuan kaedah molekular telah digunakan di dalam ujian pengesahan daging kambing yang dijual di restoran. Pengesahan DNA daging kambing menggunakan kaedah PCR konvensional primer spesis-spesifik daging kambing dengan mengg unakan sitokrom (cyt) b berdasarkan amplikon 212 dan amplikon 157. Keputusan ujian DNA menunjukkan bagi amplikon 212, lima daripada tujuh restoran menjual daging kambing sebenar manakala bagi amplikon 157, empat lagi restoran menjual daging kambing seperti yang dilabel. Keseluruhan kajian kualiti daging kambing tempatan menunjukkan penerimaan daging kambing oleh masyarakat Melayu Cina dan India adalah pada tahap sederhana, manakala kualiti fiziko-kimia daging ini dikesan adalah baik sebagai pilihan semasa pengambilan diet harian.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectGoats
dc.subjectDaging kambing tempatan
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePenilaian kualiti sumber daging kambing tempatan (chevon) melalui kajian pengetahuan-sikap-persepsi (KAP), penentuan ciri-ciri fiziko-kimia, penilaian sensori dan penentuan DNA secara PCR konvensional
dc.typetheses
dc.format.pages89
dc.identifier.callnoSF383.A993 2018 tesis
dc.identifier.barcode003845(2019)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_107619+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.21 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.