Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463743
Title: Analisis kestabilan cerun di Bukit Setiawangsa dan Bukit Aman, Kuala Lumpur
Authors: Nurul Iffah Ismail (P80470)
Supervisor: Wan Zuhairi Wan Yaacob, Prof. Madya
Keywords: Landslide hazard analysis -- Malaysia
Landslides -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 12-Dec-2018
Description: Tanah runtuh berlaku hampir setiap tahun di Malaysia, terutama ketika musim hujan. Tragedi tanah runtuh boleh menyebabkan banyak kerosakan dan kematian. Dua kajian kes penyiasatan tanah runtuh di Kuala Lumpur telah dijalankan di kawasan cerun Bukit Setiawangsa dan Bukit Aman menggunakan kaedah geoteknik dan geofizik. Tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan maklumat subpermukaan bahagian - bahagian cerun yang telah runtuh dengan menggunakan kaedah lubang gerudi, ujian makmal dan geofizik, menentukan kestabilan cerun tanah yang disiasat di Bukit Setiawangsa dan Bukit Aman serta mencadangkan kaedah penstabilan cerun yang sesuai bagi bahagian - bahagian cerun yang telah runtuh erdasarkan faktor keselamatan. Sejumlah lapan garisan survei biasan, enam garisan keberintangan geoelektrik dan 13 lubang penggerudian dijalankan di kawasan kajian. Program komputer “SLOPE/W” yang dihasilkan oleh “GEOSLOPE” telah digunakan dengan menggunakan kaedah keseimbangan had (LEM) untuk menentukan faktor keselamatan (FK) cerun-cerun yang disiasat. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kaedah geofizik yang digabungkan dengan teknik lubang gerudi adalah kaedah yang berguna untuk pencirian kegagalan cerun melalui profil subpermukaan dan sifat-sifat kejuruteraan tanah serta boleh digunakan sebagai panduan dalam penyiasatan keadaan cerun yang serupa. Imej keberintangan 2-D menunjukkan wujudnya beberapa kawasan dengan nilai keberintangan rendah iaitu dari 1 - 350 Ωm yang dianggarkan sebagai tanah telap yang diresapi dengan air yang berkemungkinan sebagai permukaan yang berpotensi untuk gelongsoran. Menurut data survei seismik biasan, tiga lapisan dapat dikesan di kawasan kajian Bukit Setiawangsa dan Bukit Aman. Berdasarkan analisis, FK yang kurang daripada 1.5 bagi cerun yang disiasat sememangnya menunjukkan cerun adalah tidak stabil dan langkah penstabilan yang sesuai telah dicadangkan iaitu paku tanah dan pembaikan sistem saliran cerun bagi kawasan kajian Bukit Setiawangsa dan Bukit Aman. Tanah runtuh di kawasan kajian ini boleh dikaitkan dengan kombinasi beberapa faktor seperti cerun curam, kekurangan sistem saliran cerun, hakisan dan kekurangan penyelenggaraan tambatan tanah.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains
Pages: 169
Call Number: QE599.M4N837 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_107616+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.87 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.