Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463741
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNurul Shazana Abdul Hamid, Dr.
dc.contributor.authorNorhani Muhammad Nasir Annadurai (P88966)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:36:25Z-
dc.date.available2023-09-25T09:36:25Z-
dc.date.issued2018-11-24
dc.identifier.otherukmvital:106073
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463741-
dc.descriptionKeamatan tenaga yang tinggi daripada fenomena suar suria boleh memberi kesan kepada atmosfera Bumi terutamanya arus di lapisan E ionosfera. Kesan umum suar suria menggunakan pencerapan data geomagnet adalah peningkatan atau pengurangan komponen geomagnet utara secara mendadak yang dikenali sebagai krocet geomagnet positif atau negatif. Namun begitu, jenis krocet yang direkodkan oleh penyiasatan lepas adalah berdasarkan kepada kawasan setempat sahaja dan lebih memfokuskan pada kitaran suria terdahulu iaitu kitaran suria 23 dan sebelumnya. Oleh itu, kajian ini mengambil pendekatan untuk mengklasifikasi krocet geomagnet menggunakan data dari taburan stesen yang lebih meluas melibatkan seluruh sektor longitud serta mengambil kira tempoh kitaran suria yang terkini iaitu kitaran suria ke-24. Kajian dimulakan dengan menganalisis kesan suar suria di khatulistiwa geomagnet dan seterusnya data dari hampir 160 stesen magnetometer seluruh dunia. Kesan suar suria turut dikaji secara terperinci menggunakan model arus ionosfera global yang diperoleh daripada Analisis Harmonik Sfera, SHA. Hasil kajian menunjukkan bahawa sepanjang tempoh dari Januari 2008 sehingga Mac 2015, terdapat 52 kejadian suar suria telah dikenalpasti berdasarkan analisis fluks sinar-X. Hasil kajian daripada data dari lapan stesen magnetometer di khatulistiwa magnetik menunjukkan bahawa sebanyak 65% kejadian suar suria tidak menunjukkan kesan kepada bacaan data magnetometer. Hal ini adalah disebabkan terdapat pengaruh letusan jisim korona, lokasi stesen adalah pada waktu malam dan lain-lain. Baki 35% kejadian pula mempamerkan empat jenis kesan iaitu kesan bercampur yang didominasi oleh krocet positif atau negatif, krocet positif sahaja dan krocet negatif sahaja. Antara semua kesan suar suria yang diperhatikan, pertama kalinya direkodkan suar suria menyebabkan krocet negatif sahaja iaitu pada 9 Ogos 2011. Hasil SHA turut menunjukkan bahawa arus ionosfera global telah berubah pada tarikh tersebut. Antara punca yang dicadangkan untuk kejadian unik ini adalah pengaruh arus dari lapisan D ionosfera yang turut ditingkatkan oleh suar suria kuat.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectSolar flares
dc.subjectIonosfera
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleAnalisis kesan suar suria terhadap arus ionosfera berdasarkan data magnetometer global
dc.typetheses
dc.format.pages116
dc.identifier.callnoQB526.F6N637 2018 tesis
dc.identifier.barcode003770(2019)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_106073+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.05 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.