Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463740
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Noraini Talip, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Nurul Syahirah Mansur (P80080) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:36:23Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:36:23Z | - |
dc.date.issued | 2018-10-04 | |
dc.identifier.other | ukmvital:106071 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463740 | - |
dc.description | Kajian morfologi, anatomi dan mikromorfologi telah dijalankan ke atas 20 takson ubatan daripada 10 genus terpilih famili Rubiaceae di Semenanjung Malaysia. Objektif kajian ialah untuk mengenal pasti persamaan, variasi dan diagnosis ciri morfologi, anatomi dan mikromorfologi yang boleh digunakan untuk pengecaman dan pengelasan takson Rubiaceae. Maklumat lengkap dan terperinci ciri anatomi serbuk serta ilustrasi berlabel turut dihasilkan untuk rujukan industri ubatan negara. Kajian morfologi melibatkan semakan ciri morfologi daun, bunga dan buah bagi setiap takson melalui perbandingan dengan spesimen herbarium, berdasarkan rujukan huraian ciri morfologi dan kekunci pengecaman setiap takson. Kaedah kajian anatomi daun melibatkan hirisan dengan mikrotom gelongsor, siatan epidermis, penjernihan daun dan cerapan di bawah mikroskop cahaya. Manakala kajian mikromorfologi daun melibatkan titik pengeringan kritikal, kaedah saduran emas dan cerapan di bawah mikroskop imbasan elektron. Hasil kajian ciri morfologi menunjukkan Rubiaceae boleh dikategorikan sebagai tumbuhan pepanjat, pokok renek, kecil dan besar, daun ringkas setentang serta stipul interpetiol. Ciri morfologi pada daun, bunga dan buah menunjukkan terdapat 14 ciri variasi yang berguna untuk pembezaan dan pengelasan pada peringkat takson. Ciri morfologi yang mempunyai nilai taksonomi ialah bentuk stipul. Hasil kajian anatomi daun pula menunjukkan terdapat 22 ciri anatomi dan mikromorfologi daun yang dapat membezakan takson. Ciri anatomi dan mikromorfologi yang mempunyai nilai taksonomi ialah bentuk luaran petiol, tulang daun dan tepi daun; corak tisu vaskular petiol, lamina dan tulang daun; corak dinding antiklin pada epidermis adaksial dan abaksial daun; kehadiran sel rembes pada tulang daun; jenis stoma dan trikom; corak ukiran kutikel pada epidermis adaksial daun; kehadiran jaluran kutikel pada epidermis abaksial daun dan jenis lilin. Ciri anatomi sepunya bagi semua takson yang dikaji ialah kehadiran sel rembes pada lamina, percabangan peruratan tengah daun ringkas dan bercabang-1, kehadiran lilin, stoma parasitik dan berbentuk elips. Kekunci dikotomi pengecaman takson ubatan yang dikaji telah dibina berdasarkan ciri morfologi, anatomi dan mikromorfologi yang diperoleh daripada kajian. Kesimpulannya, hasil kajian menunjukkan bahawa ciri morfologi, anatomi dan mikromorfologi mempunyai nilai taksonomi dan boleh digunakan untuk pembezaan dan pengecaman takson Rubiaceae. Ciri anatomi serbuk pula boleh digunakan sebagai rujukan oleh pihak industri ubatan herba di Malaysia.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Rubiaceae -- Malaysia | |
dc.subject | Medicinal plants -- Malaysia | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Morfologi, anatomi dan mikromorfologi takson tumbuhan ubatan terpilih Rubiaceae di Semenanjung Malaysia | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 407 | |
dc.identifier.callno | QK99.N837 2018 tesis | |
dc.identifier.barcode | 003769(2019) | |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_106071+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.12 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.