Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463738
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAzwani Shah Mat Lazim, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorMuhammad Hilman Abdul Mustapa (P88938)-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:36:18Z-
dc.date.available2023-09-25T09:36:18Z-
dc.date.issued2017-12-24-
dc.identifier.otherukmvital:106062-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463738-
dc.descriptionKajian ini adalah berkaitan penghasilan penjerap gel getah bersama pengisi karbon hitam (N330) berasaskan getah asli cecair (LNR) yang dihasilkan melalui proses pengoksidaan fotokimia dan ditaut silang bersama disulfur diklorida (S2Cl2) bagi kajian serapan pelarut dan penjerapan pewarna metilena biru (MB). Gel getah tanpa pengisi iaitu GG dibandingkan dengan berpengisi GH dalam menentukan penciriannya dan tahap penjerapan MB. Penjerap yang dihasilkan dianalisis dengan menggunakan FTIR bagi mengenalpasti kumpulan berfungsi utama iaitu ikatan ganda dua serta kumpulan berfungsi lain yang terdapat dalam LNR serta penjerap setelah melalui proses pemvulkanan. Analisis Mikroskop Pengimbasan Elektron (SEM) menunjukkan bahawa GG (2.0 % v/v terhadap LNR) mempunyai taburan liang yang tertinggi bersaiz antara 50-150 µm manakala bagi GH (2.5% w/w terhadap LNR) taburan liang pada permukaannya berkurangan daripada 50-10 µm sehingga terbentuk permukaan yang sekata tanpa liang dengan peningkatan pengisi. Ujian sudut sentuh dan analisis terma gravimetri (TGA) telah dilakukan, di mana menunjukkan penjerap ini mempunyai sifat hidrofobik (>90o) dan penambahan karbon hitam telah meningkatkan kestabilan terma penjerap dengan kehilangan peratus berat yang rendah bagi GH (2.5 %) iaitu pada 87.03 % berbanding GG (2.0 %) iaitu 98.01 % pada suhu 550 oC. Ujian fizikal seperti kandungan gel getah dan getah terjerap telah dijalankan pada penjerap, di mana hasil analisis menunjukkan peningkatan karbon hitam pada penjerap telah meningkatkan kandungan gel dan getah terjerap. Namun begitu, ia telah menyebabkan penurunan tahap serapan pelarut bagi penjerap GH antara 9-10 g/g berbanding GG (2.0 %) iaitu 13.2 g/g untuk pelarut diklorometana dan pelarut lain yang diuji. Kadar kecekapan penjerap diukur dengan menggunakan Spektroskopi Ultra Lembayung-boleh nampak (UV-Vis). Hasil daripada ujian, menunjukkan bahawa dos optimum penjerapan adalah pada 4 g bagi kepekatan 10 ppm, di mana pada kepekatan ini kecekapan penjerapan yang lebih tinggi berlaku setelah penambahan karbon hitam pada rantaian LNR, di mana GH (2.5 %) dapat menjerap sehingga 74.2 % berbanding GG (2.0 %) iaitu 50.6 % pada kepekatan pH 12. Kajian penjerapan pewarna menunjukkan sentuhan masa bagi GG (2.0 %) adalah pada kadar 60 minit manakala bagi GH (2.5 %) pada 120 minit untuk mencapai tahap keseimbangan. Data penjerapan keseimbangan ditafsirkan dengan menggunakan model Isoterma Langmuir dan Freundlich serta kinetik penjerapan menggunakan model pseudo-first-order dan pseudo-second-order. Kadar penjerapan MB terhadap GG dan GH lebih sesuai ditunjukkan menggunakan model isoterma Freundlich di mana menerangkan bahawa penjerapan pewarna berlaku pada permukaan yang heterogen merujuk kepada nilai n>1 manakala bagi model kinetik merupakan model pseudo-second-order, di mana nilai regreasinya paling menghampiri 1 (R2~1) dan dianggap bersesuaian. Model ini menerangkan bahawa penjerapan MB pada penjerap melibatkan proses jerapan-kimia.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectAbsorption-
dc.subjectPenjerapan-
dc.subjectGel getah-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePenghasilan bahan penjerap multifungsi berasaskan getah asli cecair berpengisi karbon hitam bagi kajian serapan pelarut dan penjerapan pewarna metilena biru dengan menggunakan teknik pemvulkanan-
dc.typetheses-
dc.format.pages121-
dc.identifier.callnoQC182.M834 2018 tesis-
dc.identifier.barcode003767(2019)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_106062+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
942.69 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.