Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463737
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Liew Ju Neng, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Diong Jeong Yik (P81727) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:36:16Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:36:16Z | - |
dc.date.issued | 2018-09-18 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:106061 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463737 | - |
dc.description | Monsun musim panas di barat laut Benua Maritim (Northwestern Maritime Continent, NwMC) adalah berbeza dengan tempat lain di kawasan Monsun Musim Panas Asia (Asia Summer Monsoon, ASM) di mana ia adalah kering secara relatif. Oleh yang demikian, perlunya untuk menentukan tarikh permulaan musim kering di rantau ini secara objektif. Kriteria penentuan permulaan monsun musim panas dalam kajian ini adalah berdasarkan data analisis semula (reanalysis) daripada NCEP/NCAR dan GPCP. Berdasarkan hubungan secara teori antara hujan di kawasan tropika dan angin aras bawah, tarikh permulaan boleh ditentukan secara objektif dengan ketibaan secara tetap angin baratan 850-hPa yang dipuratakan di dalam kawasan 5º-10ºU dan dari 100º -115ºT. Kewujudan angin baratan/barat daya secara mantap di rantau NwMC adalah konsisten dengan anjakan hujan mendadak dari rantau tropika yang terletak di antara 5°S-5°U ke utara rantau tropika. Tarikh permulaan monsun ini berkait dengan perambatan ke timur laut anomali perolakan dari barat Lautan Hindi dalam skala masa intra-musiman. Berdasarkan perwakilan dalam peredaran skala besar dan sifat objektif, indeks permulaan monsun boleh digunakan untuk ramalan permulaan monsun musim panas di NwMC dan juga untuk kajian keragaman antara-tahunan dan antara-dekad tarikh permulaan monsun. Dalam skala keragaman antara-tahunan, seperti rantau dalam dalam ASM, tarikh permulaan di rantau NwMC dipengaruhi oleh El Niño - Southern Oscillation (ENSO). Tarikh permulaan monsun musim panas adalah lebih lewat (awal) daripada normal apabila El-Niño (La-Niña) terbentuk semasa musim panas lepas. Selain daripada itu, tarikh permulaan di rantau NwMC juga mengalami perubahan dalam skala dekad. Secara amnya, tarikh permulaan sebelum tahun 1992 adalah lebih lewat dan sementara itu, tarikh permulaan selepas tahun 1993 adalah lebih awal. Ini adalah kerana secara amnya corak purata suhu permukaan laut selepas tahun 1993 lebih mirip keadaan suhu permukaan laut sewaktu La-Nina.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Monsoons | - |
dc.subject | Musim kering | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Penentuan tarikh permulaan monsun musim panas di barat laut Benua Maritim serta ciri-ciri atmosfera berkaitan | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 125 | - |
dc.identifier.callno | QC939.M7D536 2018 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 003766(2019) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_106061+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.2 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.