Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463735
Title: Potensi penunjuk aras kerosakan minyak sawit olein terkitar semula
Authors: Ili Afiqa Ab Kadir (P80607)
Supervisor: Saiful Irwan Zubairi, Dr.
Keywords: Palm oil
Cooking (Oils and fats)
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 25-Sep-2018
Description: Aneka jenis minyak masak digunakan sebagai medium penggorengan termasuklah minyak olein sawit. Oleh itu, kajian ini berfokus kepada potensi filem poli(L-lactic acid) (PLLA) yang dipercayai berupaya mengesan kerosakan minyak olein sawit. Perubahan warna minyak kawalan dan RBDPO adalah signifikan iaitu masing-masing meningkat daripada 4.5 dan 4.47 unit Lovibond kepada 4.9 dan 5.0 unit Lovibond selepas dua kali pemanasan. Perubahan warna merah minyak AO pula adalah signifikan hanya selepas kitar kelima (5.03 kepada 6.3 unit Lovibond). Ini menunjukkan kesemua jenis minyak mengalami kerosakan kerana nilai warna merah melebihi 3.0 unit Lovibond. Berdasarkan analisis ketumpatan juga minyak masak kawalan, RBDPO dan AO dikira sebagai rosak setelah digoreng selama 15 kitar kerana melebihi 0.917 g/mL dengan nilai minimum dan nilai maksimum masing-masing ialah 0.96, 0.97,0.96 g/mL dan 0.99, 0.99 dan 0.99 g/mL. Bacaan kelikatan ketiga-tiga jenis minyak didapati melebihi 38.6 cP juga menyokong dapatan itu. Kandungan kelembapan di dalam minyak masak olein sawit turut mengukuhkannya apabila bacaan melebihi 0.22 %. Manakala bacaan minimum sudut sentuh bagi minyak kawalan, RBDPO dan AO masing-masing ialah 20.14, 26.01 dan 20.76 ° Bacaan maksimum sudut sentuh bagi minyak kawalan, RBDPO dan AO masing-masing ialah 25.07, 34.8 dan 30.49°. Kesemua nilai sudut sentuh minyak tersebut melebihi 8.43° dan menunjukkan minyak olein sawit telah mengalami kerosakan.Walaubagaimanapun, hasil kajian ini bercanggah dengan teori kerana semakin bertambah kitar gorengan, semakin rendah sudut sentuh minyak. Hal ini kerana terdapat tindak balas antara kumpulan hidroksil dalam struktur PLLA dengan kumpulan karbonil asid lemak di dalam minyak olein sawit. Oleh itu, sudut sentuh gagal menjadi petunjuk aras kualiti minyak masak. Manakala julat bacaan PV bagi minyak kontrol, RBDPO dan AO berada dalam bacaan sederhana yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Spektrum inframerah bagi minyak olein sawit bagi kitar 5, 10 dan 15 pula menunjukkan kehadiran kumpulan berfungsi C=O aldehida pada 1740 - 1720 cm-1 dan regangan metil C-H aldehida pada 2400 - 2800 cm-1.Sementara bagi termogram TGA dan DTG bagi PLLA, suhu penguraian mula berlaku ialah 294 °C manakala suhu di mana penguraian mencapai kehilangan berat maksimum ialah 357 °C. Suhu peralihan kaca (Tg), penghabluran (Tc) dan leburan (Tm) PLLA yang diperolehi masing-masing adalah 70°C, 113°C dan 166°C. Spektrum FTIR PLLA menunjukkan kehadiran kumpulan berfungsi O-H pada nombor gelombang 3505 cm-1 dan juga regangan metil C-H bagi CH2 dan CH3 pada 2996 cm-1 dan 2946 cm-1 masing-masing. Puncak tajam pada gelombang 1756 cm-1 adalah regangan karbonil ester C=O manakala puncak 1185 cm-1 serta 1093 cm-1 merupakan regangan ester C-O-C. Berdasarkan keputusan di atas, dapat disimpulkan bahawa minyak olein sawit mengalami kerosakan setelah 15 kali penggorengan. Tetapi ia berada dalam paras sederhana. Hal ini disebabkan bacaan nilai peroksida minyak olein sawit yang berada pada julat 1.0 - 5.0 O2/kg minyak. Parameter nilai peroksida dan spektrum FTIR dilihat menunjukkan keputusan paling signifikan. Selain itu, kajian mendapati PLLA gagal berfungsi sebagai penunjuk aras kerosakan minyak olein sawit. Hal ini kerana kehadiran kumpulan hidroksil dalam PLLA bertindak balas dengan kumpulan karbonil di dalam struktur minyak olein sawit.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains
Pages: 73
Call Number: TP684.P3I465 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_106049+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
826.71 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.