Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463731
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mukram Mackeen, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Yasmin Yahaya (P74549) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:36:01Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:36:01Z | - |
dc.date.issued | 2018-01-08 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:103684 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463731 | - |
dc.description | Gula imino merupakan sebatian polihidroksi yang merupakan analog kepada gula monosakarida di mana atom oksigen pada karbon ke-5 digantikan dengan atom nitrogen. Dua terbitan gula deoksinojirimisin (DNJ) telah berada dipasaran dan digunakan secara klinikal bagi merawat penyakit simpanan lisosomal dan diabetes jenis 2. Penghasilan DNJ secara sintesis dengan menggabungkan kaedah kimia dan enzim (kimoenzim) dengan menggunakan enzim fruktosa-6-fosfat (FSA) merupakan alternatif bagi sintesis DNJ secara kimia sepenuhnya. Berdasarkan kajian lepas, mutan transaldolase (Tal) menghasilkan aktiviti FSA lebih tinggi berbanding dengan natif FSA. Kedua-dua enzim Tal dan FSA terdiri daripada famili aldolase kelas I yang berkongsi persamaan struktur yang tinggi dan identiti jujukan. Perbezaan yang ketara adalah tapak aktif bagi Tal dan FSA adalah kehadiran residu asid glutamik bagi aktiviti Tal dan residu tirosina bagi aktiviti FSA. Dalam kajian ini, pencarian jujukan Tal telah dilakukan dalam pangkalan data genom Bacillus lehensis G1 daripada Institut Genom Malaysia (MGI). Enzim Tal telah dihasilkan dengan melakukan subklon gen sintetik Tal ke dalam dua pengekspresan vektor yang berbeza iaitu pET200/D-TOPO (BlTalN) dan pET28a (BlTalC) dengan penanda histidina yang masing-masing berada di hujung N dan hujung C. BlTalN dan BlTalC telah berjaya diekspres pada saiz protein ~26 kDa dan diperoleh daripada dua langkah penulenan iaitu kromatografi keafinan ion logam terpegun (IMAC) diikuti dengan kromatografi penulenan gel. Kedua-dua BlTalN dan BlTalC telah dikenal pasti sebagai transaldolase putatif menggunakan analisis LC-MS/MS. Pencirian aktiviti Tal dan FSA telah dijalankan ke atas BlTalN dan BlTalC. Berdasarkan asai Tal, BlTalN telah menunjukkan faktor penulenan yang tinggi, 8.35 dengan aktiviti spesifik 6.93 U/mg berbanding dengan BlTalC yang menunjukkan faktor penulenan 3.65 dengan aktiviti spesifik 2.85 U/mg. Walau bagaimanapun, aktiviti FSA tidak dapat dikesan dengan BlTalN dan BlTalC. Penghasilan mutan, pseudo-FSA (BlTalE57Q/F129Y) telah dihasilkan dengan sintesis gen dimana residu asid glutamik pada posisi 57 dan fenilalanina pada posisi 129 telah digantikan masing-masing dengan residu glutamina dan tirosina. Ini telah dilakukan berdasarkan pemodelan protein secara in silico bagi menyerupai tapak aktif FSA. Aktiviti spesifik FSA adalah 0.363 U/mg bagi BlTalE57Q/F129Y adalah lebih tinggi berbanding dengan nilai aktiviti spesifik iaitu 0.259 U/mg. Pencirian separa bagi aktiviti FSA telah menunjukkan keadaan optimum bagi BlTalE57Q/F129Y iaitu pH 8 pada 30 °C. Oleh itu, pseudo-FSA, BlTalE57Q/F129Y menunjukkan potensi sebagai pemangkin bagi sintesis gula imino nilai tinggi seperti DNJ.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Imino sugars | - |
dc.title | Penghasilan enzim-sintesis gula imino pseudo-aldolase daripada bakteria alkali-toleran, bacillus lehensis G1 | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 123 | - |
dc.identifier.callno | QP702.I45Y337 2018 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 003632(2019) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_103684+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.04 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.