Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463730
Title: Pengenalpastian bakteria anaerobik dalam penghasilan biogas dari sisa buah-buahan dan sayuran
Authors: Noraznida Mohd Tanizi (P73094)
Supervisor: Mushrifah Idris, Prof. Dato' Sri Dr.
Keywords: Anaerobic bacteria
Issue Date: 20-Aug-2018
Description: Malaysia mempunyai bilangan penduduk seramai 25 juta pada tahun 2007 dan menghasilkan sisa domestik sebanyak 18,000 tan sehari. Pembuangan sisa makanan di Malaysia semakin meningkat dari tahun ke tahun. Salah satu cara untuk mengurangkan sisa buangan ialah dengan menggunakannya semula untuk menghasilkan biogas. Penghasilan biogas dari sisa buangan seperti sisa sayuran dan buah-buahan boleh digunakan sebagai satu sumber tenaga yang diperbaharui tanpa dibuang begitu sahaja. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan jenis sisa sayuran dan buah-buahan yang sesuai untuk penghasilan biogas serta penentuan spesis bakteria yang terdapat di dalam pencernaan anaerobik. Kajian telah dijalankan di Felda Chini di mana sampel buah diambil di gerai buah-buahan dan sayuran. Berat basah yang digunakan untuk proses pencernaan bagi setiap sampel adalah berbeza dengan kadar beban organik dimalarkan pada 8g/L iaitu 44.30 g (kulit mangga), 13.55 g (biji durian), 6.40 g (biji rambutan), 14.43 g (kulit rambutan) dan 11.83 g (kulit manggis). Sisa dikisar terlebih dahulu sehingga saiz 2-5 mm sebelum dimasukkan ke dalam botol penapaian. Alat ujian potensi biometana (Biomethane potential) digunakan untuk penghasilan biogas dengan suhu ditetapkan pada 37°C selama 19hari. pH awal bagi semua sampel direkodkan dan biogas yang terhasil diukur pada tiub eudometer. Alat analisis gas mudah alih (COMBIMASS®GA-m) digunakan bagi mengukur komposisi biogas yang terhasil. Hasil kajian menunjukkan sisa daripada kulit mangga menghasilkan biogas yang lebih tinggi berbanding sampel yang lain iaitu sebanyak 3351 L/kg ODM, diikuti dengan biji durian 1430 L/kg ODM, selulosa mikrokristal (kawalan positif) 1162 L/kg ODM, biji rambutan923 L/kg ODM, kulit rambutan 364 L/kg ODM, inokulum (kawalan negatif) 257 L/kg ODM dan kulit manggis 231 L/kg ODM..Peratus gas metana daripada sampel biji rambutan adalah yang paling tinggi iaitu sebanyak 64.38%, diikuti sampel kulit mangga (59.50%), biji durian (58.37%), kulit manggis (53.35%) dan kulit rambutan (52.02%). Kajian kehadiran bakteria telah dijalankan bagi sampel kulit mangga di mana sampel ini menghasilkan biogas yang paling tinggi berbanding sampel kulit rambutan, biji rambutan, kulit manggis dan biji durian. Selulosa mikrokristal (kawalan positif) dan inokulum (kawalan negatif) turut diuji kehadiran bakteria untuk mengenalpasti bakteria yang berperanan dalam penghasilan biogas. Sampel kubis tidak diuji kehadiran bakteria kerana tidak berpotensi untuk menghasilkan biogas yang tinggi kerana jisim kering organik yang rendah (88.47 %) serta kandungan protein (1.6 g/100g), karbohidrat (3.2 g/100g) dan lemak (0.1 g/100g) yang rendah. Hasil kajian menunjukkan sebanyak 15 pencilan bakteria diperolehi daripada proses penapaian kulit mangga, selulosa mikrokristal dan inokulum. Ujian motiliti serta pewarnaan gram menunjukkan semua pencilan adalah tidak motil dan merupakan bakteria gram positif. Ujian biokimia (Kit API 20A) yang dilakukan pada 15 pencilan menunjukkan 11 pencilan yang dapat dikenalpasti nama spesis manakala 4 lagi pencilan tidak dapat dikenalpasti. Pengenalpastian bakteria adalah dengan menggunakan sistem apiweb™. Berdasarkan sistem apiweb™, “NO ID” menunjukan pencilan mempunyai darjah persamaan yang sangat rendah berbanding pencirian yang tersedia di dalam sistem bank data apiweb ™. Antara spesis bakteria yang dikenalpasti adalah Bifidobacterium spp 2, Clostridium sp, Clostridium bifermentans, Clostridium botulinum, Clostridium butyricum dan Actinomyces israelli. Genus dan spesis bakteria yang diperolehi diperkukuhkan lagi dengan menggunakan kaedah analisis jujukan gen 16S rRNA v untuk penentuan spesis yang lebih tepat. Beberapa bakteria telah dikenalpasti menggunakan penjujukan gen 16s rRNA iaitu Bacillus mycoides, Bacillus cereus, Clostridium butyricum, Clostridium bifermentans, Clostridium sordelli, Enterococcus lemanii, dan Klebsiella oxytoca. Clostridium bifermentans merupakan bakteria yang dominan dalam penghasilan biogas dan didapati pada enap cemar, najis, tanah dan tersebar luas di persekitaran.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains
Pages: 148
Call Number: QR89.5.N637 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_103683+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.85 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.