Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463726
Title: | Pengetahuan, persepsi dan kesedaran tenaga: pengukuran sokongan awam terhadap pembinaan loji jana kuasa nuklear Malaysia yang pertama |
Authors: | Fauzan Amin Misnon @ Misnun (P74971) |
Supervisor: | Irman Abdul Rahman, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Nuklear Nuclear power plants -- Malaysia |
Issue Date: | 6-Apr-2018 |
Description: | Perancangan pembangunan loji jana kuasa nuklear sebagai salah satu sumber tenaga elektrik di Malaysia bukanlah perkara baru kerana kerajaan pernah merencanakannya pada tahun 1975. Pada tahun 2009, kerajaan telah memberi nafas baru kepada rancangan ini, dengan sasaran mula operasi seawal - awalnya pada tahun 2030. Penerimaan dan sokongan masyarakat awam adalah penting dalam menjayakan matlamat ini. Objektif kajian ini adalah bertujuan mengukur sokongan, mengenal pasti hubungan faktor pengetahuan, perolehan maklumat, kesedaran, tahap penglibatan dan persepsi awam serta menentukan hubungan faktor demografi terhadap persepsi penerimaan dan sokongan awam terhadap pembangunan teknologi nuklear di negara ini. Lima pemboleh ubah yang dibangunkan yang terdiri daripada empat pemboleh ubah tidak bersandar iaitu pengetahuan umum mengenai tenaga, perolehan maklumat dan keselamatan, pengetahuan mengenai aktiviti dan keselamatan tenaga nuklear, peranan dan penglibatan dalam dasar dan polisi tempatan dan serantau serta satu pemboleh ubah bersandar iaitu sokongan dan penerimaan awam dalam pembangunan nuklear. Data yang diterima dianalisis dengan menggunakan secara deskriptif dan inferensi menggunakan analisis frekuensi, penjadualan silang, korelasi Pearson, regresi pelbagai dan ANOVA sehala. Sebuah tinjauan kaji selidik awam telah dijalankan di antara 14 Mac 2016 sehingga 10 Mei 2016. 742 responden telah dipilih untuk kajian ini. Kadar maklum balas ialah 51.60%. Keputusan kajian ini mendapati bahawa 49.47% responden menyokong, 18.19% berkecuali dan 32.34% menentang terhadap pembangunan program ini, yang mana setiap kelompok sokongan ini mempunyai persepsi yang berbeza terhadap NPP. Keputusan kajian ini juga mendapati bahawa daripada empat hipotesis yang dibangunkan, kesemua hipotesis nul ditolak, sekaligus menunjukkan bahawa kesemua pemboleh ubah mempunyai hubungan dengan pembentukan sokongan dan persepsi terhadap pembangunan program ini. Dua faktor dominan yang dikenal pasti ialah pengetahuan mengenai aktiviti dan keselamatan tenaga nuklear serta peranan dan penglibatan dalam dasar dan polisi tempatan dan serantau. Dari segi pembentukan persepsi penerimaan, didapati bahawa pengetahuan mengenai tenaga nuklear mempengaruhi persepsi terhadap faedah serta keyakinan berkenaan keselamatan nuklear. Pengetahuan mengenai sisa radioaktif juga mempengaruhi persepsi sokongan dan gambaran umum masyarakat awam terhadap program pembangunan NPP. Faktor demografi yang didapati signifikan adalah faktor jantina, umur, kaum, demografi tempat tinggal, pekerjaan dan status mengundi pilihanraya. Kajian ini telah mencapai objektif yang disasarkan dan diharap agar analisis yang dihasilkan dapat membantu pihak yang terbabit dalam merangka kaedah yang berkesan untuk meningkat sokongan dan persepsi awam terhadap pembangunan program ini.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains |
Pages: | 183 |
Call Number: | TK1078.F338 2018 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_103679+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.34 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.