Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463719
Title: Pemisahan sebatian fenolik daripada liken Dirinaria sp. dan aktiviti perencatan radikal bebas DFPH
Authors: Nurul Nadiah Abdul Rahman (P84699)
Supervisor: Rozida Mohd Khalid, Dr.
Keywords: Liken
Dirinaria
Issue Date: 17-Aug-2018
Description: Kajian telah dilakukan ke atas liken Dirinaria sp. yang merupakan sejenis liken folios yang memperlihatkan keaktifan biologi yang sangat menarik dan berguna dalam industri farmaseutikal. Objektif kajian ini adalah untuk mengasingkan dan menulenkan sebatian fenolik daripada liken Dirinaria sp., mengenalpasti sebatian-sebatian yang ditulenkan dan mengkaji aktiviti perencatan radikal bebas 1,1-difenil-2-pikrilhidrazil (DFPH) sebatian-sebatian tersebut. Sampel Dirinaria sp. telah diambil dari 14 kawasan di sekitar Universiti Kebangsaan Malaysia , Bangi dan diekstrak menggunakan pelarut metanol. Pengasingan dan penulenan metabolit sekunder dilakukan menggunakan kromatografi lapisan nipis (KLN), fraksinasi cecair-cecair, kromatografi cecair vakum (KCV), kromatografi turus (KT) dan kromatografi radial (KR). Sebatian yang telah ditulenkan dikenalpasti dan dicirikan menggunakan spektroskopi resonans magnetik nuklear (RMN), spektrometri jisim (SJ) dan spektroskopi Inframerah (IM). Sebanyak enam sebatian telah berjaya ditulenkan iaitu asid sekikaik (6), metil ß-orsinolkarbosilat (13) metil hematomat (14), etil divarikatinat (15), likexanton (16) dan metil klorohematomat (17). Kesemua sebatian diuji tahap keupayaan perencatan radikal bebas DFPH, dan sebatian 6 menunjukkan aktiviti tertinggi berbanding sebatian-sebatian lain yang telah dipisahkan. Penentuan kebolehan pembebasan proton dari struktur 6 bagi peneutralan radikal DFPH dikaji dengan lebih mendalam dengan melihat interaksi asid sekikaik-DFPH menggunakan RMN 13C. Kajian ini menunjukkan beberapa penurunan puncak karbon yang dikaitkan dengan kehilangan proton iaitu daripada ikatan O-H dan C-H terutamanya dari gelang B sebatian 6. Keputusan ini disokong dengan menggunakan kaedah pemodelan dan pengiraan tenaga penceraian ikatan (BDE) bagi interaksi asid sekikaik-DFPH. Kecenderungan untuk membebaskan proton adalah berdasarkan dari nilai BDE yang rendah. Didapati selain ikatan O-H (2-OH/tapak 2 dan 7-OH/tapak 4), ikatan C-H2 (1-H/tapak 7) juga turut memainkan peranan dalam menyumbang kepada mekanisma pemindahan atom hidrogen (HAT), sekaligus menyumbang kepada perencatan radikal bebas DFPH. Kesimpulannya, beberapa sebatian fenolik yang telah dipencilkan daripada liken Dirinaria sp. berpotensi untuk menjadi sebatian antioksidan semulajadi yang baik.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains
Pages: 107
Call Number: QK585.P47N847 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_103674+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.22 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.