Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463718
Title: | Pemencilan sebatian kimia daripada liken Parmotrema praesorediosum dan aktiviti antimikrob |
Authors: | Anis Asmi Azman (P83931) |
Supervisor: | Muntaz Abu Bakar, Dr. |
Keywords: | Liken Parmotrema |
Issue Date: | 13-Aug-2018 |
Description: | Kajian kimia dan aktiviti antimikrob dijalankan ke atas liken daripada spesies Parmotrema praesorediosum. Sampel Parmotrema praesoediosum diperoleh daripada 17 buah lokasi yang berbeza di sekitar UKM (kampus Bangi). Sampel diasingkan mengikut lokasi dan setiap sampel dibersihkan daripada bendasing terlebih dahulu sebelum dikeringkan dan dikisar secara kasar. Pengekstrakan setiap sampel liken dijalankan dengan menggunakan pelarut metanol selama sembilan hari. Proses ini diulang sebanyak tiga kali pada suhu bilik. Seterusnya, hasil setiap sampel liken dituras bagi mendapatkan ekstrak kasar dan analisis selanjutnya dijalankan menggunakan kaedah Kromatografi Lapisan Nipis (KLN) dan pemisahan serta penulenan dilakukan menggunakan Kromatografi Cecair Vakum (KCV) dan Kromatografi Jejarian (KJ). Struktur komponen kimia yang dipencilkan kemudiannya ditentukan dengan menggunakan Spektroskopi Resonan Magnet Nuklear (RMN), Spektroskopi Inframerah (IM) dan Kromatografi Cecair-Spektrometri Jisim (KC-SJ). Lima sebatian tulen iaitu metil divarikatinat, metil haematommat, metil klorohaematommat, metil ?-orselinat dan asid vinapraesorediosik telah berjaya dipencilkan melalui ekstrak metanol. Aktiviti antimikrob telah dijalankan bagi tiga ekstrak sampel iaitu ekstrak metanol, etanol dan aseton dan lima sebatian tulen dengan menggunakan kaedah kepekatan perencatan minimum (KPM). Bagi ekstrak aseton, 269 ?g/mL kepekatan diperlukan untuk merencatkan 50% (KP50) pertumbuhan bakteria Gram-positif Staphylococcus aureus manakala kepekatan sebanyak 441 ?g/mL dan 551 ?g/mL berupaya merencatkan 50% (KP50) pertumbuhan yis Candida albicans dan Candida parapsilopsis masing-masing. Ekstrak etanol, ekstrak metanol dan lima sebatian tulen tidak menunjukkan 50% (KP50)perencatan bagi bakteria dan yis. Perbandingan data KC-SJ di antara ekstrak etanol dan ekstrak aseton menunjukkan puncak yang dikenalpasti sebagai atranorin hanya dapat dikesan di dalam ekstrak aseton. Ketidakhadiran puncak ini di dalam ekstrak etanol berkemungkinan besar disebabkan berlakunya proses degradasi.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains |
Pages: | 124 |
Call Number: | QK581.A537 2018 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Pemencilan sebatian kimia daripada liken Parmotrema praesorediosum dan aktiviti antimikrob.pdf Restricted Access | Partial | 1.04 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.