Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463716
Title: Kesan penggantian logam alkali terhadap pembentukan fasa Tl-1212 dan kesuperkonduksian (Tl0.85Cr0.15)Sr2-xAxCaCu2o7 (A = Li, Na dan Rb)
Authors: Nur Akasyah Jaafar (P87600)
Supervisor: Roslan Abd. Shukor, Prof. Dato' Dr.
Keywords: Alkali metals
Issue Date: 7-Aug-2018
Description: Kesan logam alkali terhadap pembentukan fasa Tl-1212 dan kesuperkonduksian (Tl0.85Cr0.15)Sr2-xAxCaCu2O7 (A = Li, Na dan Rb) telah dikaji. Sampel telah disediakan melalui kaedah tindak balas pepejal dan dicirikan dengan pembelauan sinar-X (XRD) untuk menentukan struktur dan fasa sampel superkonduktor. Mikroskop elektron imbasan pancaran medan (FESEM) digunakan untuk mengkaji mikrostruktur sampel. Kaedah penduga empat titik digunakan untuk mendapatkan suhu genting dan kerintangan pada keadaan normal. Kerentanan arus ulang alik digunakan untuk mengukur suhu peralihan kesuperkonduksian, suhu puncak dan ketumpatan arus genting antara butiran. Corak pembelauan sinar-X menunjukkan pembentukan fasa Tl-1212 adalah lebih baik pada nilai jejari ionik bagi logam alkali yang hampir dengan jejari Tl1+. Mikroskop elektron imbasan pancaran medan menunjukkan saiz butiran meningkat dengan penggantian Li, Na dan Rb. Sampel yang menunjukkan sifat kesuperkonduksian adalah dalam julat penggantian x = 0 - 0.30 bagi (Tl0.85Cr0.15)Sr2-xLixCaCu2O7 dan (Tl0.85Cr0.15)Sr2-xNaxCaCu2O7. (Tl0.85Cr0.15)Sr2-xRbxCaCu2O7 hanya menunjukkan sifat kesuperkonduksian dalam julat penggantian x = 0 - 0.15. Berdasarkan kaedah penduga empat titik, (Tl0.85Cr0.15)Sr2CaCu2O7 menunjukkan suhu genting mula, Tc-mula dan suhu genting sifar, Tc-sifar pada 97 K dan 93 K masing-masing. Untuk (Tl0.85Cr0.15)Sr2-xAxCaCu2O7, Tc-mula dan Tc-sifar berada dalam julat 96 K - 109 K dan 82 K - 99 K masing-masing. Kesemua sampel (Tl0.85Cr0.15)Sr2-xAxCaCu2O7 menunjukkan sifat logam pada keadaan normal dengan nilai kerintangan berada dalam julat ~ mΩ-cm. Pengukuran kerentanan arus ulang alik dijalankan pada frekuensi 295 Hz dan medan magnet H = 5 Oe. Peralihan kesuperkonduksian berada di antara 85 K dan 98 K. Suhu puncak, Tp untuk kerentanan khayal, χ” adalah tertinggi pada sampel x = 0.02 dalam (Tl0.85Cr0.15)Sr2-xNaxCaCu2O7 (Tp = 96 K). Ketumpatan arus genting antara butiran, Jc pada Tp telah diukur menggunakan model Bean dan nilainya adalah antara 13 hingga 25 A cm-2 bagi semua sampel. Kajian ini menunjukkan bahawa logam alkali Rb sangat membantu dalam pembentukan fasa Tl-1212 disebabkan jejari ionik Rb1+ berhampiran dengan Tl1+. Li, Na dan Rb telah menambahbaik suhu genting, Tc dan meningkatkan saiz butiran sampel. Na menambahbaik ketumpatan arus genting antara butiran.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains
Pages: 110
Call Number: QD172.A4N837 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_103244+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.51 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.