Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463715
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Norinsan Kamil Othman, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Sarveswaran Pillai Chandra Segaran (P80144) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:35:23Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:35:23Z | - |
dc.date.issued | 2017-09-03 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:103243 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463715 | - |
dc.description | Migrasi elektrokimia (ECM) merupakan migrasi ion logam dengan kehadiran medan elektrik dan medium larutan yang menyebabkan litar pintas. Peranti elektronik yang digunakan sebagai deria untuk diagnostik in vitro terdedah kepada serangan kakisan yang agresif di dalam medium plasma manusia. Kelakuan ECM pada aloi SAC305 (Sn-3.0Ag-0.5Cu), SAC0307 (Sn-0.3Ag-0.7Cu) dan SAC0307-0.03P-0.005Ni (Sn-0.3Ag-0.7Cu-0.03P-0.005Ni) dikaji dengan menggunakan larutan cecair tubuh tersimulasi (SBF). Pencetakan pes aloi pateri telah dilakukan dengan menggunakan ketuhar aliran semula dan ujian penitisan air (WDT) telah dilakukan dengan menggunakan SBF media. Dalam WDT, sebanyak 15µl larutan SBF telah dititis ke atas papan bercetak sisir. Hasil kajian purata pengambilan masa-ke-kegagalan (MTTF) menunjukkan bahawa SAC0307-0.03P-0.005Ni mempunyai purata masa untuk gagal yang paling lama iaitu 2458 s untuk litar pintas berlaku. Imej OM menunjukkan struktur dendrit kelihatan seperti struktur pokok. Mikrograf FESEM menunjukkan kehadiran cabang dendrit yang paling kurang adalah sampel SAC0307-0.03P-0.005Ni diikuti oleh SAC305 dan SAC0307. Hasil EDX pula menunjukkan kandungan unsur stanum dan oksigen yang paling tinggi di dalam pateri SAC305 berbanding dengan SAC0307 dan SAC0307-0.03P-0.005Ni. Hasil XPS mendedahkan pembentukan fasa SnO dan SnO2 sebagai hasil kakisan yang utama di dalam pateri selepas WDT. Keputusan ujian alat penduga empat titik menunjukkan bahawa SAC0307-0.03P-0.005Ni mempunyai kerintangan elektrik yang tertinggi iaitu 91µΩcm berbanding pes pateri yang lain, SAC305, 73µΩcm dan SAC0307, 85µΩcm. Fenomena kehadiran cabangan dendrit yang paling kurang di dalam pateri SAC0307-0.03P-0.005Ni disebabkan kehadiran fosforus dan nikel sebagai unsur pengaloian di dalam pateri merencatkan pertumbuhan dendrit. Justeru itu, SAC0307-0.03P-0.005Ni mempunyai potensi yang tinggi untuk digunakan dalam aplikasi bioperubatan disebabkan oleh ECM yang rendah.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Electrochemistry | - |
dc.title | Kesan penambahan unsur P & Ni terhadap sifat migrasi elektrokimia pes aloi pateri berasaskan SAC | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 84 | - |
dc.identifier.callno | QD553.S237 2018 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 003613(2019) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_103243+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.34 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.