Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463714
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAinon Hamzah, Prof. Datin Dr.
dc.contributor.authorSiti Rasila Ainaa Mohd Rasli (P80255)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:35:20Z-
dc.date.available2023-09-25T09:35:20Z-
dc.date.issued2018-07-19
dc.identifier.otherukmvital:103242
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463714-
dc.descriptionBioremediasi adalah rawatan secara biologi yang menggunakan mikroorganisma untuk membersihkan bahan pencemar daripada kawasan tercemar. Bioremediasi tanah tercemar dengan minyak mentah melibatkan penggunaan isipadu bakteria yang besar. Oleh itu, penyediaan, pengangkutan dan penyimpanan bakteria dalam isipadu yang besar adalah sukar. Objektif kajian ini adalah untuk mengekstrak dan mencirikan selulosa daripada pelepah kelapa sawit, untuk mensintesis dan mencirikan aerogel selulosa, untuk mengoptimum parameter bagi penjerapan dan kestabilan bakteria dan untuk menentukan peratus degradasi minyak mentah oleh pencilan bakteria terpilih menggunakan bakteria terjerap pada aerogel selulosa. Aerogel selulosa dihasilkan melalui pemelarutan selulosa yang diekstrak dan pemejalan semula di dalam asid hidroklorik (HCl). Sampel selulosa dan aerogel selulosa telah dicirikan dengan menggunakan mikroskopi elektron pengimbas (SEM), spektroskopi inframerah transformasi fourier (FTIR), analisis belauan sinar-X (XRD) dan analisis termogravimetri (TGA). Dua pencilan bakteria iaitu Bacillus subtilis UKMP-10T dan Acinetobacter baumannii UKMP-12T digunakan untuk proses penjerapan pada aerogel selulosa dan bioremediasi minyak mentah. Hasil kaedah permukaan respon (RSM) menunjukkan masa penjerapan bakteria yang optimum adalah 5 jam untuk 1.2 g butiran aerogel selulosa. Suhu dan pH yang optimum bagi B. subtilis UKMP-10T adalah 22.85oC dan pH 6.11, manakala bagi A. baumannii UKMP-12T adalah 25oC dan pH 7. Ujian kemandirian bakteria menggunakan kaedah kering pada suhu 4oC menunjukkan peratus kemandirian bakteria yang tinggi iaitu 96.53% bagi B. subtilis UKMP-10T dan 95.59% bagi A. baumannii UKMP-12T pada minggu ke-8. Ujian bioremediasi minyak mentah di dalam kelalang goncangan dilakukan dengan menggunakan 0.6 g butiran aerogel selulosa terjerap bakteria dan 1% (i/i) minyak mentah Tapis. Selepas 7 hari eraman, degradasi jumlah hidrokarbon petroleum (TPH) adalah 78.39% oleh B. subtilis UKMP-10T dan 87.30% bagi A. baumannii UKMP-12T dengan pertumbuhan bakteria sebanyak 3.6 x 109 cfu/mL bagi B. subtilis UKMP-10T dan 1.1 x 1011 cfu/mL bagi A. baumannii UKMP-12T. Simulasi bioremediasi di dalam tanah yang dilakukan menggunakan 2.25 g butiran aerogel selulosa terjerap bakteria dan 10% (i/b) minyak mentah Tapis menunjukkan peratus degradasi TPH sebanyak 91.24% oleh B. subtilis UKMP-10T dan 89.20% bagi A. baumannii UKMP-12T dengan pertumbuhan bakteria sebanyak 3.97 x 109 cfu/g bagi B. subtilis UKMP-10T dan 9.53 x 1011 cfu/g bagi A. baumannii UKMP-12T. Hasil kajian ini menunjukkan butiran aerogel selulosa sesuai digunakan untuk penjerapan bakteria dan bioremediasi tanah kerana memudahkan penyediaan dan pemindahan bakteria dalam isipadu yang banyak. Penggunaan butiran aerogel selulosa terjerap bakteria tidak hanya meningkatkan degradasi minyak mentah tetapi juga mengawal kemandirian bakteria.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectBioremediation
dc.titlePenggunaan aerogel selulosa bagi penjerapan bakteria untuk bioremediasi minyak mentah
dc.typetheses
dc.format.pages130
dc.identifier.callnoTD192.5.S597 2018 tesis
dc.identifier.barcode003612(2019)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_103242+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
715.25 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.