Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463710
Title: Kesan pengurangan rasa kepahitan (saponin) ekstrak daun betik (carica papaya) terhadap sel epitelium paru-paru manusia (BEAS-2B) melalui model 3-d biomimetik
Authors: Noraziani Zainal Abidin (P79387)
Supervisor: Saiful Irwan Zubairi, Dr.
Keywords: Daun betik
Saponins
Issue Date: 30-Jul-2018
Description: Wabak demam denggi telah dilaporkan agak kerap berlaku dari pelbagai kawasan di seluruh negara. Pelbagai kajian telah dilaporkan tentang penggunaan tumbuhan Carica papaya terutamanya dalam rawatan demam denggi. Namun begitu, tahap penerimaan rasa kepahitan jus daun betik yang disediakan secara segar dengan komersial mendatangkan perhatian dalam kalangan penyelidik. Maka, kajian ini dijalankan untuk menilai potensi proses penjerapan saponin daripada ekstrak daun betik menggunakan resin penukar ion berbes lemah sebagai bahan penjerap, bagi mengawal rasa pahit ekstrak daun betik. Tiga jenis resin penukar ion berbes lemah iaitu resin penukar ion Amberlite IRA-67, Diaion WA30 dan Diaion WA21J pada dua nilai berat resin kering iaitu 5% (w/v) dan 10% (w/v) telah digunakan dalam kajian ini. Pengaruh masa sentuhan dan dos penjerap terhadap proses penjerapan juga dikaji.Seterusnya, untuk mengkaji kesan ekstrak pengurangan saponin terhadap sel epitelium paru-paru manusia (BEAS-2B), struktur perancah 3-D poli (hidroksibutirat-ko-hidroksivalerat) (PHBV) telah digunakan dalam sistem kultur sel mikro 3-D (7 hari pengeraman). Pemalar penjerapan telah dinilai dengan menggunakan model isoterma penjerapan Langmuir. Analisis model Peleg menunjukkan bahawa pengekstrakan sampel daun betik C. papaya kaya saponin bagi tujuan penjerapan berlangsung selama 12.50 ± 1.08 jam manakala jumlah maksima sebatian saponin yang diperolehi adalah sebanyak 9.31 ± 1.26 mg/g. Kajian ini menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang signifikan (p<0.05) penjerapan saponin bagi berat resin yang berbeza bagi resin Diaon WA30 dan Amberlite IRA-67. Resin Diaion WA30 pada 10% (w/v) mempamerkan penjerapan tinggi sebanyak 97.59 ± 0.25% (w/w) dengan masa lengkap yang singkat selama 4.99 jam. Tambahan pula, ia telah dinyatakan bahawa, selaras dengan peratusan saponin yang dijerap, sampel yang diuji dengan resin Diaion WA30 pada berat 10% (w/v) turut mencatatkan nilai yang rendah untuk rasa pahit semasa penilaian sensori iaitu pada 2.40 ± 1.17 dan menunjukkan perbezaan signifikan daripada sampel kawalan yang mencatatkan nilai kepahitan yang tinggi iaitu pada 5.00 ± 0.67. Purata kapasiti penjerapan maksimum, qo ialah 25.28 ± 0.7 (mg/g). Pemalar Langmuir (RL) telah dikira dari cerun plot ((Ce/qe) berlawanan dengan (Ce) dan ia adalah kurang daripada satu (0.167-0.398), menunjukkan penjerapan saponin ke Diaion WA30 adalah menggalakkan. Hasil kajian mendapati bahawa kadar penjerapan pada mulanya meningkat dengan cepat, dan kecekapan penyingkiran yang optimum telah dicapai dalam tempoh kira-kira 24 jam. Peningkatan selanjutnya dalam masa sentuhan tidak menunjukkan perubahan yang ketara dalam kepekatan keseimbangan; iaitu fasa penjerapan mencapai keseimbangan. Viabiliti sel epitelium paru-paru manusia oleh asai MTT selepas diuji dengan ekstrak asli daun C. papaya menunjukkan bahawa ujikaji menghasilkan viabiliti sel sebanyak 49.5 ± 0.60% diikuti oleh ekstrak pengurangan saponin dengan 59.3 ± 1.0% viabiliti sel. Tindakbalas sel telah ditentukan dengan menggunakan nilai EC50 daripada ekstrak asli daun betik (708.22 ± 1.50 µg/ml) dan ekstrak pengurangan saponin (291.616 ± 2.34 µg/ml). Viabiliti sel yang telah dirawat dengan ekstrak pengurangan saponin ditemui menghasilkan metabolisme sel-sel yang lebih aktif berbanding dengan keadaan ekstrak asli daun betik (p<0.05). Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa struktur perancah komposit 3-D PHBV mempunyai potensi untuk model pengkulturan sel biomimetik 3-D ex vivo berbanding pengkulturan konvensional 2-D kerana ia boleh digunakan untuk mengkaji keberkesanan sebarang ekstrak tumbuhan ubatan yang mempunyai potensi untuk menyembuhkan penyakit termasuk demam denggi.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains
Pages: 95
Call Number: QD325.N637 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_103239+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.71 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.