Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463709
Title: Status pemakanan dan kecergasan fizikal dalam kalangan anggota Polis Diraja Malaysia di ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, Selangor
Authors: Nur Izzatun Nasriah Nasruddin (P85966)
Supervisor: Razalee Sedek, Dr.
Keywords: Nutrition -- Evaluation
Issue Date: 25-Jul-2018
Description: Anggota polis yang mempunyai komposisi tubuh yang baik dan tahap kecergasan fizikal yang tinggi berupaya melaksanakan tugas kepolisan yang mencabar. Kajian hirisan melintang ini dijalankan untuk menentukan komposisi tubuh, tahap pengetahuan mengenai piramid makanan, pengambilan makanan serta tahap kecergasan fizikal dalam kalangan anggota polis. Kajian ini turut mengenalpasti hubungan antara parameter-parameter yang dikaji. Kajian yang dijalankan daripada bulan April hingga Jun 2017 ini melibatkan seramai 286 anggota polis berumur antara 20 dan 60 tahun yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, Selangor. Pengukuran antropometri merangkumi berat, tinggi, indeks jisim tubuh (IJT) dan ukurlilit pinggang. Kaedah bioimpedans digunakan bagi mengukur komposisi tubuh. Pengambilan makanan dinilai menggunakan kaedah ingatan diet 24 jam selama tiga hari. Tahap pengetahuan piramid makanan dinilai menggunakan borang soal selidik. Penilaian aktiviti fizikal diukur menggunakan borang soal selidik aktiviti fizikal antarabangsa (IPAQ). Kecergasan fizikal dinilai menggunakan ujian kecergasan fizikal dan ujian kecergasan aerobik. Min umur, berat, tinggi, IJT, ukur lilit pinggang dan peratus lemak tubuh adalah 30.3 ± 6.8 tahun, 78.2 ± 11.2 kg, 170.0 ± 4.6 cm, 27.1 ± 3.9 kg/m2, 92.0 ± 9.5 cm dan 27.1 ± 7.0 % masing-masing. Hasil kajian mendapati sebanyak 44.4% subjek mempunyai berat badan berlebihan dan 22.0% adalah obes. Sejumlah 50.7% subjek mempunyai ukurlilit pinggang melebihi 90 cm dan dikira berisiko tinggi terhadap penyakit kardiovaskular dan diabetes. Majoriti subjek (78.3%) mempunyai tahap lemak tubuh yang tinggi. Tahap pengetahuan piramid makanan subjek adalah sederhana, dengan min skor sebanyak 56.8 ± 11.9%. Min pengambilan tenaga, protein, karbohidrat dan lemak adalah 2263 ± 617 kkal, 83.5 ± 28.3 g, 298.1 ± 71.7 g dan 81.8 ± 29.8 g bagi kumpulan umur 20 hingga 39 tahun manakala kumpulan umur 40 hingga 60 tahun adalah 2029 ± 649 kkal, 74.3 ± 36.5 g, 270.2 ± 79.3 g dan 71.5 ± 28.9 g. Bagi kumpulan umur 20 hingga 39 tahun, min pengambilan tenaga, protein, zat besi, vitamin A dan riboflavin memenuhi saranan RNI Malaysia (2017) manakala subjek berumur 40 hingga 60 tahun, hanya pengambilan protein dan zat besi yang memenuhi saranan RNI Malaysia (2017). Min skor MET subjek adalah 2081.0 ± 745.0 MET-minit/minggu dengan majoriti subjek (70.8%) mempunyai tahap aktiviti fizikal sederhana. Kesemua komponen ujian kecergasan fizikal dan kecergasan aerobik (VO2max) mempunyai hubungan yang signifikan (p<0.001) dengan peratus lemak tubuh, IJT, berat dan ukurlilit pinggang bagi kedua-dua kumpulan umur. Kajian turut mendapati subjek yang merokok (OR=4.62, 95% CI=1.38-15.4, p=0.013) berpotensi mendapat berat badan berlebihan dan subjek yang merekodkan keputusan yang baik dalam ujian bangkit tubi, tekan tubi dan VO2max (p<0.05, p<0.001) kurang berpotensi mendapat berat badan berlebihan. Hasil kajian ini dapat memberi maklumat bermanfaat kepada pihak PDRM dan dijadikan panduan kepada PDRM dalam merangka program kecergasan dan kesihatan yang dapat meningkatkan status pemakanan, komposisi tubuh dan kecergasan fizikal anggota PDRM.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains
Pages: 164
Call Number: QP143.N835 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_103238+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
671.78 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.