Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463708
Title: Kesan penggunaan kompos dan penapaian ekstrak tumbuhan terhadap pertumbuhan pokok kacang panjang dan cili
Authors: Wan Mohamad Helmi Wan Mohamad (P70207)
Supervisor: Mushrifah Idris, Prof. Dato' Sri Dr.
Keywords: Compost plants
Issue Date: 29-Jul-2018
Description: Bahan buangan tempatan di sekitar Tasik Chini termasuk dedaun pokok hutan, buah tandan kosong (Elaeis guineensis) dan makrofit; seperti rumput cabomba (Cabomba furcata), rumput kercut (Lepironia articulata) dan pokok rasau (Pandanus helicopus) digunakan untuk penghasilan kompos jenis bokashi dan penapaian ekstrak tumbuhan (FPE) melalui proses penapaian menggunakan mikroorganisma asli (IMO2). IMO2 diperangkap di sekitar Tasik Chini dan dipencilkan ke dalam lima media agar yang berbeza. Empat media agar didapati menunjukkan pertumbuhan mikroorganisma; agar kentang dekstrosa berasid (APDA=5.64 Log10UPK/mL), agar soya triptik (TSA=6.78 Log10UPK/mL), agar basilus (BAC=6.53 Log10UPK/mL), dan agar aktinomiset (ACT=5.53 Log10UPK/mL). Walaubagaimanapun, tiada pertumbuhan mikrooganisma diperhatikan dalam agar pseudomonas (PSEU). Analisis stok bokashi menunjukkan ciri-ciri yang sesuai untuk pengkomposan (kandungan pH=7.58, kelembapan=12.45%, bahan organik=0. 09%, abu=95.56%, karbon organik=0.05%, nitrogen=2.14% dan nisbah karbon kepada nitrogen=38/1). Perbandingan kompos untuk pertumbuhan kacang panjang (Vigna unguiculata var. MKP5) menunjukkan tanah ditambah kompos L. articulata menghasilkan ketinggian pokok dan berat basah hasil V. unguiculata yang terbaik (408.0 cm/pokok dan 178.0 g/pokok). Analisis tanah menunjukkan kekonduksian elektrik (EC) kawalan' tertinggi (891.0 μS/cm) manakala tanah ditambah kompos C. furcata menunjukkan pH tertinggi (5.39). Analisis fizikokimia FPE menunjukkan tanah ditambah semburan FPE dedaun pokok hutan mencatatkan kandungan pH tertinggi (3.53), kandungan gula terendah (0.13) diperhatikan dari tanah ditambah semburan FPE buah tandan kosong dan kandungan nitrogen tertinggi diperhatikan dari tanah ditambah semburan FPE L. articulata sebanyak 1.74%. Pemilihan perlakuan tanah ditambah kompos L. articulata untuk penanaman Capsicum annum var. Bangi 2 berdasarkan tinggi dan berat basah hasil tanaman V. unguiculata. C. annuum dari tanah ditambah kompos L. articulata mencatatkan ketinggian 63.50 cm/pokok dan hasil 21.93 g/pokok berbanding kawalan. Biomas C. annuum menunjukkan tanah ditambah kompos L. articulata sebanyak 0.26 lebih tinggi berbanding kawalan (0.24). Analisis fizikokimia tanah menunjukkan tanah ditambah kompos L. articulata lebih tinggi berbanding kawalan (pH, bahan organik, kapasiti pertukaran kation dan nisbah karbon kepada nitrogen). Walaubagaimanapun, sebaliknya berlaku pada kandungan air, abu dan EC. Penemuan di dalam kajian ini menunjukkan kombinasi bahan buangan tempatan dan IMO2 mempunyai potensi dalam penghasilan baja organik untuk meningkatkan berat basah buah tanaman V. unguiculata (445.00%) dan C. annuum (125.70%) di atas tanah bekas lombong berbanding kawalan. Bagaimanapun, kajian terperinci berkenaan penyerapan logam berat di dalam tanaman perlu dilaksanakan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains
Pages: 114
Call Number: TD796.5.W3229 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_103237+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
888.81 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.