Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463707
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRizafizah Othaman, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorWan Farahhanim Wan Fathilah (P83928)-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:35:02Z-
dc.date.available2023-09-25T09:35:02Z-
dc.date.issued2018-08-17-
dc.identifier.otherukmvital:103236-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463707-
dc.descriptionSelulosa adalah bahan mentah semulajadi yang banyak diperolehi tetapi aplikasinya sangat terhad kerana sukar dilarutkan. Teknik elektroputaran pada medan elektrik bervoltan tinggi digunakan sebagai teknik penghasilan membran gentian berasaskan selulosa pada ukuran mikrometer hingga ke nanometer. Dalam kajian ini, sistem pelarutan selulosa telah dikaji menggunakan pelbagai jenis sistem pelarut sama ada sistem pelarut hijau mahupun konvensional. Selain itu, fabrikasi dan pencirian membran gentian berasaskan selulosa melalui teknik elektroputaran serta potensi gentian tersebut dalam penyerapan ion kuprum telah dikaji. α-selulosa telah berjaya dilarutkan dalam kesemua sistem pelarut hijau dan konvensional tetapi ia tidak sesuai untuk lanjutan proses elektroputaran. Namun, hanya sistem pelarut cecair ionik, 1-butil-3-methylimidazolium asetat (Bmim[Ac]) dengan penambahan matrik getah asli terepoksida (ENR) dan polivinil klorida (PVC) mampu menghasilkan membran gentian elektroputaran. Parameter elektroputaran yang sesuai digunakan ialah voltan 17kV, jarak jarum suntikan 10 cm dan 15 cm serta kadar aliran 0.03 ml/hr. Keputusan menunjukkan sistem pelarut BMIM[Ac] merupakan sistem yang paling tinggi tahap ketelarutan maksima selulosa iaitu 42.5%. Sifat membran gentian melalui analisis Spektroskopi Inframerah (ATR-FTIR) menunjukkan kehadiran kumpulan berfungsi -OH yang mewakili kumpulan hidroksil selulosa. Pembelauan Sinar-X (XRD) menunjukkan membran ENR/PVC/Cell-15cm mempunyai peratusan kehabluran tertinggi iaitu 66.9%. Hasil Spektroskopi Imbasan Elektron (SEM) menunjukkan morfologi membran ENR/PVC/Cell-10cm menghasilkan gentian berbentuk silinder yang seragam, saiz diameter yang kecil iaitu 1.0-4.0 μm dan liang berukuran nano. Keputusan analisis terma menunjukkan kehadiran puncak penguraian selulosa, ENR dan PVC. Modifikasi membran gentian telah dijalankan melalui rawatan gelombang mikrobuih untuk peningkatan sifat membran tersebut. Keputusan menunjukkan hasil rawatan mikrobuih dapat meningkatkan sifat kekakuan dan kekasaran membran. Membran gentian berasaskan selulosa yang dihasilkan dapat digunakan sebagai medium dalam aplikasi penyerapan ion kuprum di mana keputusan menunjukkan peratus penolakan ion kuprum melebihi 80% sehingga 200 ppm kepekatan larutan kuprum yang telah dikaji.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectMembran gentian-
dc.subjectSelulosa-
dc.subjectCellulose-
dc.titlePenyediaan, fabrikasi elktroputaran dan aplikasi membran mikrogentian berasaskan selulosa-
dc.typetheses-
dc.format.pages130-
dc.identifier.callnoQK898.C42W334 2018 tesis-
dc.identifier.barcode003605(2019)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_103236+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
985.94 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.