Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463706
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKhoo Kok Siong, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorFitri Hakeem Mohd Salih (P85914)-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:35:00Z-
dc.date.available2023-09-25T09:35:00Z-
dc.date.issued2018-07-09-
dc.identifier.otherukmvital:103234-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463706-
dc.descriptionKajian ke atas sifat nukleus halo dwi-neutron (22C) dan dwi-proton (17Ne dan 27S) dengan menggunakan model tiga jasad telah dijalankan. Nukleus ini memberi satu gambaran yang baik pada teori tiga jasad yang menunjukkan sistem nukleon terlanjut (neutron dan proton). Gambaran tersebut adalah hampir sama dengan halo di dalam sistem Borromean yang mempunyai ikatan yang longgar serta jejari jirim yang tidak normal. Nukleus halo ini memberi suatu cabaran hebat terhadap kajian teori struktur nuklear. Pada asanya, nukleus tersebut terdiri daripada teras dengan dua nukleon valensi dan dianggap tidak tercangga bagi 17Ne (terasnya mempunyai nombor magik) dan tercangga bagi 22C dan 27S dimana terasnya tidak berada di petala tertutup. Kecanggaan memberi kesan ke atas sifat sistem tiga jasad. Dalam kajian ini, koordinat Jacobi digunakan untuk menentukan pergerakkan relatif nukleon valensi. Tenaga ikatan dan jejari jirim punca min kuasa dua (r.m.s.) nukleus halo (22C, 17Ne dan 27S) telah ditentukan dengan menggunakan kecanggaan teras. Keupayaan Woods-Saxon, saling tindak spin-orbit serta saling tindak Coulomb telah digunakan dalam pengiraan tiga jasad. Kaedah penormalan digunakan ke atas data ujikaji 22C, 17Ne dan 27S. Hasil pengiraan tiga jasad dibandingkan dengan dengan data ujikaji yang sedia ada. Pengiraan ini dilakukan dengan menggunakan kod komputer yang ditulis didalam perisian MATLAB versi 2013. Pengiraan tenaga ikatan bagi 22C adalah -1.737 MeV, 17Ne adalah -0.795, -0.777 dan -0.927 MeV serta 27S adalah -0.995 MeV. Tambahan pula, r.m.s jejari jirim bagi 22C adalah 2.85 dan 3.38 fm, 17Ne adalah 3.068 dan 3.145 fm serta 27S adalah 3.272 dan 4.252 fm. Parameter kecanggaan teras menunjukkan 22C adalah buntal (𝛽2 = -), 17Ne adalah sfera (𝛽2 = 0) dan lonjong (𝛽2 = +) serta 27S adalah lonjong (𝛽2 = +). Secara umumnya, hasil pengiraan tenaga ikatan dan punca min kuasa dua (r.m.s.) jejari jirim bagi nukleus 22C, 17Ne dan 27S adalah hampir dengan data ujikaji dengan perbezaan hanya 5 hingga 28% sahaja. Oleh yang demikian, keputusan yang diperolehi telah mengesahkan bahawa 22C, 17Ne dan 27S merupakan sistem nukleon terlanjut yang sama dengan halo berjejari luar biasa dan terikat dengan longgar antara teras dengan nukleon valensi.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectNuclear structure-
dc.titleKajian struktur nuklear nukleus halo : 𝐶22, 𝑁𝑒17 dan 𝑆27 dengan menggunakan model tiga jasad-
dc.typetheses-
dc.format.pages74-
dc.identifier.callnoQC793.3.S8F538 2018 tesis-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_103234+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
710.74 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.