Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463705
Title: Kebolehramalan episod hujan ekstrim pada 17 Disember 2014 di Pantai Timur Semenanjung Malaysia menggunakan model WRFV3
Authors: Wan Maisarah Wan Ibadullah (P80114)
Supervisor: Fredolin Tangang, Prof. Dr.
Keywords: Hujan ekstrim
Cumulus -- Mathematical models
Issue Date: 20-Sep-2018
Description: Kajian ini adalah bertujuan untuk menyiasat aspek kebolehramalan bagi episod hujan lebat di Pantai Timur Semenanjung Malaysia menggunakan model berangka Weather Research and Forecasting (WRF). Ia meliputi pemilihan skim pemparameteran kumulus yang paling sesuai serta kebolehramalan dari segi praktikal dan intrinsik. Bagi tujuan ini, episod hujan ekstrim yang berlaku pada 17 Disember 2014 yang menyebabkan banjir paling teruk di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia dipilih sebagai satu kes kajian. Tiga jenis ujikaji berangka dijalankan. Dalam ujikaji pertama, sepuluh experimen dengan menggunakan skim pemparameteran kumulus berbeza dijalankan. Dalam ujikaji kedua, aspek-aspek yang mempengaruhikebolehramalan praktikal episod hujan ekstrim diuji termasuk skim pemparametaran kumulus, syarat-syarat awal dan sempadan, dan resolusi grid model. Dalam ujikaji ketiga, kebolehramalan faktor intrinsik diuji dengan melihat kepekaan pertumbuhan ralat terhadap perbezaan syarat awal, amplitud usikan rawak syarat awal, pemparameteran fizikal, masa permulaan, dan resolusi model. Konfigurasi model WRF adalah tiga domain tersarang dengan resolusi mendatar 36 km, 12 km, dan 4 km. Simulasi dijalankan bagi tempoh 36 jam bermula pada 12 UTC 16 Disember 2014 sehingga 00 UTC 18 Disember 2014. Kajian ini mendapati keamatan hujan terkumpul dan lokasi pusat hujan lebat bergantung kepada pemilihan skim pemparameteran kumulus. Model WRF dengan resolusi 4 km dan kombinasi skim kumulus multiscale Kain-Fritsch untuk dua domain terluar dan tanpa skim kumulus untuk domain dalam berupaya untuk mensimulasikan kejadian tersebut dengan baik. Ini adalah berdasarkan pengesahan ramalan menerusi kaedah contiguous rain area (CRA) yang memberikan nilai pekali korelasi paling tinggi iaitu 0.76 dan punca min ralat kuasa dua (root mean square error, rmse) paling rendah iaitu 104.19 mm hari-1. Kajian juga mendapati perubahan skim kumulus diikuti dengan syarat awal memberikan kesan yang lebih besar terhadap kualiti ramalan berbanding syarat sempadan. Manakala kesan resolusi grid menunjukkan ralat yang paling kecil dari aspek praktikal. Aspek intrinsik pula menunjukkan, pertumbuhan mendadak ralat adalah disebabkan oleh perolakan lembap. Mekanisme pertumbuhan ralat adalah bersifat tidak linear yang ditunjukkan oleh pertumbuhan ralat yang lebih cepat untuk amplitud yang lebih kecil. Kesimpulannya kajian ini menunjukkan bahawa aspek kebolehramalan dan kualiti ramalan episod hujan ekstrim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia bergantung terutamanya kepada jenis pemparameteran kumulus dan syarat awal.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains
Pages: 74
Call Number: QC921.43.C8W336 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_103233+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.21 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.