Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463704
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAbdul Munir Abdul Murad, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorNurul Azmir Amir Hashim (P53405)-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:34:55Z-
dc.date.available2023-09-25T09:34:55Z-
dc.date.issued2016-02-
dc.identifier.otherukmvital:103232-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463704-
dc.descriptionDalam kajian ini, mannanase rekombinan telah dibangunkan bagi tujuan menghidrolisiskan mannan kepada gula ringkas. ManAF daripada Aspergillus flavus telah dipilih sebagai mannanase sasaran untuk dihasilkan oleh bakteria Escherichia coli. Jujukan lengkap cDNA MANAF telah diklonkan ke dalam vektor pengekspresan E. coli, pET32b. Vektor pengekspresan yang dibina, pET32b-MANAF telah dicerna dan ditranformasi ke dalam hos pengekspresan E. coli strain Origami DE3. ManAF telah berjaya diekspreskan sebagai protein rekombinan terlakur penanda polihistidina yang bersaiz 60 kDa dan dikenalpasti melalui analisis pemblotan western. Mannanase terlakur penanda polihistidina ditulenkan dengan menggunakan kromatografi afiniti ion logam terpegun (IMAC). Pencirian biokimia bagi mannanase tertulen seperti pengenalpastian suhu dan pH optimum, kestabilan suhu dan pH, kesan ion logam dan reagen serta kespesifikan substrat telah dijalankan. Hasil pencirian menunjukkan bahawa protein rekombinan ini mempunyai aktiviti optimum pada suhu 60°C dan pH optimum iaitu pada pH 6.0. Enzim ini stabil di sekitar pH 4.0 - 8.0 dan pada suhu di antara 20°C dan 60°C. ManAF mempunyai nilai Km sebanyak 3.7 mg/mL dan berupaya untuk menghidrolisiskan Locust Bean Gum (LBG) dengan nilai 4843.43 U/mg pada pH 6.0 dan 60°C. Tiada peningkatan terhadap aktiviti ManAF dengan kehadiran ion logam tetapi aktiviti ManAF meningkat dengan kehadiran surfaktan Triton-X dan Tween-20. Evolusi terarah melalui PCR-cenderung ralat (ep-PCR) telah dilakukan ke atas ManAF untuk menghasilkan mutan yang stabil pada suhu yang tinggi. Proses pemilihan telah menunjukkan bahawa 884 daripada 6000 klon dalam perpustakaan mutan berfungsi. Sepuluh klon kemudiannya dipilih untuk analisis pencirian kestabilan suhu dan penjujukkan DNA. Analisis pencirian kestabilan suhu menunjukkan kesemua klon tidak menunjukkan penambahbaikan kestabilan suhu dan penjujukan menunjukkan kesemua klon mempunyai mutasi pada tapak Wobble. Kesimpulannya, enzim β-mannanase rekombinan berjaya dihasilkan dan dicirikan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectAspergillus flavus-
dc.titlePencirian B-mannanase rekombinan Aspergillus flavus UKM1 dan penambahbaikan ciri-ciri B-mannanase rekombinan melalui evolusi terarah-
dc.typetheses-
dc.format.pages87-
dc.identifier.callnoQK625.M7N848 2017 tesis-
dc.identifier.barcode003601(2019)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_103232+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.68 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.