Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463703
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Saiful Irwan Zubairi, Dr. | - |
dc.contributor.author | Hazreen Omar (P80072) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:34:53Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:34:53Z | - |
dc.date.issued | 2017-08-17 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:103231 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463703 | - |
dc.description | Carica papaya (CP) adalah daripada famili Caricaceae. Kajian terbaru mengenai daun betik menunjukkan kesan pengambilan ekstrak dalam meningkatkan kadar bilangan platelet bagi pesakit demam denggi dan demam denggi berdarah. Pengurangan platelet berlaku apabila salur darah pecah hingga mengakibatkan kebocoran plasma. Objektif utama kajian ini adalah untuk memformulasikan dan mengoptimumkan emulsi daun betik yang mengandungi minyak kelapa dara (MKD) dan protein wei (PW) sebagai surfaktan. Dalam kajian ini, dua formulasi ekstrak CP telah dihasilkan yang mana formulasi pertama adalah berdasarkan penyediaan ekstrak daun betik segar (EDBS) yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Manakala, formulasi kedua adalah hasil daripada ekstrak CP reduksi-saponin (EDBRS) yang telah dirawat dengan resin penukar ion berbes lemah WA30. Emulsi tersebut diformulasikan menggunakan Gambarajah Fasa Kepertigaan (GFK). Nisbah optimum yang diperolehi daripada kajian ini adalah 63% (w/w) CPE, 16% (w/w) MKD dan 21% (w/w) PW bagi emulsi EDBS, manakala bagi emulsi EDBRS adalah 65% (w/w) CPE, 16% (w/w) MKD dan 19% (w/w) PW. Bagi kajian fisiko-kimia, formula yang optimum diuji melalui pengukuran saiz titisan, nilai pH, indeks pengkriman dan pengukuran sudut sentuh. Saiz titisan bagi kedua-dua emulsi menunjukkan emulsi mencapai saiz nano-emulsi dan menunjukkan tiada nilai indeks pengkriman diperolehi. Kesemua sampel dan komponen emulsi berada pada nilai pH yang neutral, yang mana bagus untuk gastrousus dan penyerapan badan manusia. Nilai sudut sentuh yang diukur menunjukkan molekul emulsi bersifat hidrofilik. Ciri ini sangat membantu dalam penyerapan emulsi terhadap permukaan sel. Dalam kajian keberkesanan dan kesitotoksikan sel, sel BEAS-2B telah diuji pada lima nisbah kecairan emulsi dan protein wei yang berbeza selama 72 jam. Pertumbuhan sel ditentukan berdasarkan nilai asai MTT. Ujian kesitotoksidaan sel berdasarkan nilai EC50 pada 24 jam memperoleh 336.28 ± 5.55 µg/ml bagi EDBS, 34.07 ± 3.28 µg/ml bagi EDBRS dan 52.10 ± 2.60 µg/ml bagi PW. Bacan EC50 EDBS untuk 48 jam adalah 271.33 ± 3.25 µg/ml. Manakala,bagi 72 jam adalah 266.13 ± 3.49 µg/ml. Nilai EC50 bagi emulsi EDBRS dan protein wei pada 48 jam dan 72 jam tidak ditentukan kerana peratusan viabiliti sel menunjukkan peningkatan melebihi 100%. Oleh itu, secara kesimpulannya formulasi ekstrak daun betik berdasarkan kaedah KKM dan reduksi saponin berpotensi dalam pengubatan demam denggi melalui penjanaan sel baru bagi mengantikan salur darah yang telah pecah semasa demam denggi berdarah.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Daun betik | - |
dc.subject | Platelet | - |
dc.subject | Toxicity testing | - |
dc.title | Kajian keberkesanan dan ketoksikan emulsi ekstrak daun carica papaya terhadap sel epitelia bronkus manusia (BEAS-2B) | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 106 | - |
dc.identifier.callno | RA1199.4.H85H339 2017 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 003600(2019) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_103231+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 633.42 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.