Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463702
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSarani Zakaria, Prof. Dr.
dc.contributor.authorZuhaili Zakaria (P85014)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:34:51Z-
dc.date.available2023-09-25T09:34:51Z-
dc.date.issued2018-02-20
dc.identifier.otherukmvital:103230
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463702-
dc.descriptionBahan lignoselulosa daripada industri pokok kelapa sawit seperti serabut tandan kosong kelapa sawit (EFB) mempunyai potensi yang besar sebagai sumber alternatif bagi mengurangkan kebergantungan terhadap fenol berasaskan petrokimia. Serabut EFB dapat dicair melalui proses pencecairan untuk menghasilkan terbitan fenol yang kemudiannya digunakan dalam penghasilan resin fenolik. Dalam kajian ini, serabut EFB telah dicairkan di dalam larutan fenol pada suhu 150 oC selama 90 minit menggunakan 3 bt% asid sulfurik sebagai mangkin. Berat nisbah fenol kepada EFB (P/EFB), 3.0 digunakan bagi memperoleh serabut EFB tercecair (LEFB) yang optimum. Kemudian, hasil pencecairan (LEFB) digunakan untuk tidak balas resinifikasi bersama formaldehid dalam keadaan berakali bagi menghasilkan resin biofenolik (BPR). Resin BPR dihasilkan menggunakan tiga nisbah molar formaldehid kepada LEFB (F/LEFB) yang berbeza iaitu 1.0, 1.5 dan 2.0. Imej SEM menunjukkan penembusan fenol ke dalam kulit serabut EFB yang menyebabkan pemisahan berkas serabut EFB kepada serabut individu dan melarutkannya. Analisis sifat resin BPR menunjukkan hasil peningkatan nisbah molar F/LEFB menyebabkan nilai pH, kelikatan dan kandungan pepejal resin meningkat. Spektra FTIR resin mengesahkan kewujudan kumpulan berfungsi dalam resin BPR dan resin komersil adalah sama. Komposit BPR/getah asli terepoksida berpenguat gentian kaca (BPEC) yang dihasilkan mempunyai sifat hentaman yang baik berbanding komposit BPR berpenguat gentian kaca (BPC). Kehadiran getah asli terepoksida (ENR-50) di dalam komposit BPEC menunjukkan peningkatan terhadap kekuatan hentaman berbanding komposit BPC. Namun, kekuatan lenturan komposit BPEC menurun disebabkan getah yang memberi sifat elastomerik terhadap komposit dan menyebabkan mudah melentur. ENR juga bertindak sebagai pengserasi diantara gentian kaca dan resin BPR dalam komposit. Serapan air pula bagi sampel komposit BPC adalah lebih tinggi bebanding komposit BPEC. Air yang diserap oleh komposit BPEC adalah lebih rendah kerana sifat hidrofobik yang ada pada getah asli bertindak sebagai penghalang dan melindungi komposit daripada ditembusi air.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectNanocomposites (Materials)
dc.titlePencirian komposit bio-fenolik/getah asli terepoksida berpenguat gentian kaca
dc.typetheses
dc.format.pages150
dc.identifier.callnoTA418.9.N35M839 2018 tesis
dc.identifier.barcode003599(2019)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_103230+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.16 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.