Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463701
Title: | Sintesis dan pencirian kompleks nano komposit gadolinium - kitosan sebagai agen kontras dalam pengimejan resonan magnetik |
Authors: | Muhammad Zul Azri Muhammad Jamil (P84031) |
Supervisor: | Faizal K.P. Kunchi Mohamed, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Gadolinium Sintesis Cellulose |
Issue Date: | 4-Jul-2018 |
Description: | Perkembangan nanozarah berasaskan gadolinium semakin menjadi perhatian para penyelidik kerana sifatnya yang unik sebagai agen kontras positif dalam pengimejan resonan magnetik (MRI). Namun begitu, walaupun mempunyai ciri-ciri yang unik, radikal bebas ion gadolinium (III) adalah bersifat biotoksik. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mensintesis nanozarah magnetik gadolinium sebagai agen kontras dan mengurangkan sifat toksik dengan menggunakan biopolimer kitosan sebagai bahan penyalut. Dalam kajian ini, terdapat empat objektif yang telah dicapai. Objektif pertama adalah untuk mensintesis dan mencirikan nanozarah magnetik Gd2O3 melalui proses hidroterma, kedua untuk mensintesis dan mencirikan nanozarah magnetik Gd2O3 bersalut 0.5 % w/v kitosan dalam 2 % v/v asid asetik (Gd-CsNPs) melalui penyinaran sinar gama, ketiga untuk menilai potensi Gd-CsNPs sebagai agen kontras dalam MRI dan keempat untuk menentukan kesan sitotoksik (kemandirian sel) nanozarah magnetik Gd2O3 dan Gd-CsNPs melalui ujian asai MTT. Sintesis serbuk nanorod Gd2O3 melalui tindak balas hidroterma dilakukan dengan menggunakan GdCl3.6H2O sebagai prekursor dimana ianya dilarutkan dalam glikol polietilena (PEG) dengan kepekatan kation ~ 0.2 mol/L dan ~ 0.6 ml/L larutan NaOH. Bagi objektif yang kedua, Gd-CsNPs disintesis dalam larutan kitosan melalui kaedah penurunan sinar gama. Larutan Gd-CsNPs telah disinar menggunakan sel gama pada julat dos 0 - 40 kGy. Sifat nanozarah magnetik Gd2O3 dan Gd-CsNPs telah dicirikan dalam konteks kumpulan berfungsi menggunakan spektroskopi infra merah jelmaan Fourier (FTIR) dan spektroskopi ultra lembayung-cahaya nampak (UV-vis), manakala morfologi, taburan saiz dan kestabilan telah dicirikan menggunakan mikroskop transmisi elektron (TEM) and keupayaan--ƺ. Pemagnetan bahan magnet dan perubahan fasa telah dikaji menggunakan magnetometer sampel getaran (VSM) dan pembelauan sinar-X (XRD). Keputusan daripada XRD menunjukkan pembentukan nanozarah magnetik Gd2O3 selepas pengkalsinan Gd(OH)3 pada suhu 800oC dengan saiz kurang daripada 200 nm pada fasa kubik. Medan magnet pada suhu bilik melawan pemagnetan mengesahkan nanozarah magnetik Gd2O3 bersifat paramagnetik ekoran daripada nilai koersiviti (Hci) dan pemagnetan (Ms) yang kecil. Keputusan daripada spekstrokopi UV-vis dan spektrum FTIR menunjukkan dua puncak baru terbentuk pada panjang gelombang 260 nm dan 290 nm disebabkan oleh perubahan kimia pada kitosan selepas disinar dengan sinar gama. Analisis lanjutan menggunakan TEM menunjukkan purata saiz diameter Gd-CsNPs selepas di sinar dengan sinar gama adalah bersaiz 40-45 nm dengan keupayaan--ƺ +51 mV. Objektif ketiga iaitu menilai potensi Gd-CsNPs sebagai agen kontras telah dikaji menggunakan MRI di Jabatan Pengimejan Diagnostik, Institut Kanser Negara. Pengukuran MRI telah dijalankan menggunakan mesin MRI jenis Siemens Magnetom Verio 3T System dengan keamatan medan magnet 3.0 T. Keputusan daripada MRI menunjukkan imej T1 terbentuk membuktikan kebolehan Gd-CsNPs sebagai agen kontras. Akhir sekali, objektif keempat mengenai kemandirian sel telah diuji keatas sel Hep G2. Keputusan menunjukkan kedua-dua bahan ujian nanozarah Gd2O3 dan Gd-CsNPs (10 kGy) tidak menunjukkan sebarang kesan sitotoksik. Keputusan analisa keseluruhan membuktikan nanozarah magnetik Gd-CsNPs pada dos sinar gama 10 kGy adalah paling sesuai digunakan sebagai agen kontras positif MRI pada julat yang paling kecil.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains |
Pages: | 130 |
Call Number: | QK898.C42W334 2018 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_103229+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.01 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.