Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463699
Title: Sintesis terbitan maleimida dan asid maleimik serta kajian bioaktiviti
Authors: Siti Nashwa Mohamad Poad (P78254)
Supervisor: Nurul Izzaty Hassan, Dr.
Keywords: Bioaktiviti
Sintesis
Maleic acid
Issue Date: 10-Aug-2018
Description: Penyelidikan ini meliputi sintesis sebatian maleimida dan sebatian asid maleimik yang dijalankan menggunakan kaedah konvensional. Maleimida merupakan sebatian imida siklik lima ahli yang dilaporkan mempunyai keaktifan biologi yang baik manakala terbitan asid maleimik merupakan sebatian perantara maleimida. Penyelidikan ini merangkumi sintesis lapan sebatian maleimida iaitu sebatian N-(4-Florofenil)maleimida (1), N-(4-Klorofenil)maleimida (2), N-(4-Bromofenil) maleimida (3), N-(2-Metilfenil)maleimida (4), N-(4-Metilfenil)maleimida (5), benzoik asid 4-(2,5-Dihidro-2,5-diokso-1H-pirol-1-il) (6), asetik asid 2-(2,5-diokso-2,5-dihidro-1H-pirol-1-yl) (7) dan benzoik asid 4-(2,5-dihidro-2,5-dioks-1H-pirol-1-il)-2-metil (8) dan sebelas asid maleimik (9-19) telah berjaya dihasilkan. Tindak balas sintesis maleimida dengan penggunaan cecair ionik berasid iaitu [Bmim][PF6] juga turut dijalankan. Cecair ionik memainkan peranan sebagai katalis dengan beberapa modifikasi iaitu dengan penggunaan etil asetat sebagai agen penghidratan dan melalui teknik penulenan yang berbeza. Cecair ionik yang telah berjaya disintesis ialah [Bimpy][PF6], [Bimpy][BF4] dan [Bimpy][NTF2]. Analisis spektrometri jisim, spektroskopi inframerah (IR), resonans magnetik nuklear (RMN) dan ujian takat lebur telah dijalankan kepada kesemua sebatian maleimida yang telah diperolehi. Kajian kristalografi sinar-X menunjukkan sebatian 8 menghablur dalam sistem triklinik dengan kumpulan ruang Pī, a = 10.3760(6) Å, b = 20.4340(13) Å, c = 10.7657(6) Å, α= 90°, β = 104.660(2)°, γ = 90. Kajian bioaktiviti merangkumi antibakterial terhadap terbitan maleimida dan asid maleimik menggunakan bakteria yang berbeza iaitu Escherichia coli, Bacillus cereus, Enterococcus faecalis, Shigella spp, Salmonella typhimurium, dan Bacillus Subtilis merekodkan zon perencatan sekitar 8 - 15 mm. Manakala, terbitan asid maleimik juga disaring untuk menilai keupayaan penggarutan radikal bebas 2,2-difenil-1-pikril-hidrazil (DPPH) dengan keputusannya yang memberangsangkan (61-83%) jika dibandingkan dengan sampel piawai asid askorbik.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains
Pages: 149
Call Number: TA7.S568 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_103228+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.5 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.