Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463698
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Sahilah Abd. Mutalib, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Siti Nurul Ain Saipullizan (P83530) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:34:42Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:34:42Z | - |
dc.date.issued | 2018-08-27 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:103226 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463698 | - |
dc.description | Kehadiran Staphylococcus aureus, Escherichia coli dan jumlah koliform pada peralatan makanan merupakan penunjuk kepada tahap kebersihan peralatan makanan. Peralatan makanan yang tidak bersih meningkatkan risiko pencemaran makanan dan penyakit bawaan makanan. Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap pengetahuan, sikap dan amalan dalam kalangan pengendali makanan terhadap kebersihan peralatan makanan serta menentukan tahap kebersihan peralatan makanan. Selain itu, kajian ini juga menentukan perkaitan antara tahap pengetahuan, sikap dan amalan pengendali makanan dengan kehadiran bakteria pada peralatan makanan. Kajian keratan rentas dijalankan di 75 buah premis makanan yang berada di kawasan luar bandar iaitu Kuala Pilah, Negeri Sembilan bermula pada bulan Mei 2016 sehingga November 2016. Terdapat dua kaedah dalam kajian ini, kaedah yang pertama melibatkan penggunaan borang soal selidik tentang tahap pengetahuan, sikap dan amalan kebersihan peralatan makanan kepada 134 orang pengendali makanan. Seterusnya, kaedah yang kedua ialah penggunaan swab pada 225 peralatan makanan (pisau [75], alas pemotong [75] dan pinggan makan [75]) untuk mengesan kehadiran S. aureus, E. coli dan jumlah koliform. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengendali makanan mempunyai tahap pengetahuan, sikap dan amalan yang baik dengan skor median 80.5%, 87.4% dan 90.1%, masing-masing. Terdapat hubungan yang positif antara skor median pengetahuan dengan sikap (r = 0.20, p = 0.04); pengetahuan dengan amalan (r = 0.30, p = 0.001); dan sikap dengan amalan (r = 0.60, p = 0.001). Selain itu, terdapat perkaitan yang signifikan antara tahap pengetahuan dengan kehadiran E.coli pada alas pemotong (χ2 =4.05, p=0.04); E.coli pada pinggan (χ2 =9.34, p=0.01); dan jumlah koliform pada pisau (χ2 =4.94, p=0.03). Analisis regresi logistik berganda menunjukkan pengendali makanan yang mempunyai tahap pengetahuan yang rendah cenderung untuk menyumbang kehadiran jumlah koliform pada pisau sebanyak 0.38 kali lebih banyak berbanding pengendali makanan yang mempunyai pengetahuan yang tinggi (95% S.K 0.16, 0.95). Manakala pengendali makanan yang mempunyai tahap pengetahuan rendah juga berkemungkinan menyumbang kehadiran E. coli pada pinggan makan sebanyak 11.90 kali lebih banyak berbanding pengendali makanan yang mempunyai pengetahuan yang tinggi (95% SK 1.30, 108.95). Oleh itu, hasil daripada kajian ini dapat dijadikan sebagai penanda aras tahap kebersihan peralatan makanan di premis-premis makanan bagi tujuan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa dan rujukan bagi mewujudkan piawaian kebersihan peralatan makanan di Malaysia.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Keselamatan makanan | - |
dc.subject | Bakteria | - |
dc.subject | Food handling -- Safety measures | - |
dc.title | Penilaian tahap pengetahuan, sikap, amalan dalam kalangan pengendali makanan dan kebersihan peralatan makanan di premis makanan, Kuala Pilah, Negeri Sembilan | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 117 | - |
dc.identifier.callno | TX537.S568 2018 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 003595(2019) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_103226+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 773.66 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.