Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463697
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNik Norhazrina Nik Mohd Kamil, Dr.-
dc.contributor.authorIzlamira Roslan (P75962)-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:34:39Z-
dc.date.available2023-09-25T09:34:39Z-
dc.date.issued2018-04-22-
dc.identifier.otherukmvital:102638-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463697-
dc.descriptionKajian taksonomi ke atas genus Hornstedtia Retz. telah dijalankan di Semenanjung Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan status taksonomi bagi setiap spesies dalam Hornstedtia serta menghuraikan ciri morfologi anatomi dan debunga bagi setiap spesies. Spesimen rujukan dari herbarium UKMB, KLU, KEP dan SING telah disemak. Selain daripada itu, koleksi digital bagi spesimen tip dari herbarium Kew dan Leiden juga turut diteliti. Kajian lapangan dan makmal juga telah dijalankan. Huraian genus dan spesies Hornstedtia yang telah dilakukan oleh Holttum telah disemak semula. Varieti yang diiktiraf kini bagi H. scyphifera dan kesinoniman bagi H. ophiuchus dan H. minor turut dibincangkan. Sejumlah 10 spesies Hornstedtia di Semenanjung Malaysia telah diiktiraf iaitu H. affinis, H. conica, H. fusiformis, H. grandis, H. leonurus, H. minor, H. phaeochoana, H. pusilla, H. scyphifera dan H. striolata. Bagi Hornstedtia affinis ia adalah rekod baru bagi Semenanjung Malaysia; H. grandis dan H. fusiformis telah dinaikkan taraf daripada varieti kepada spesies. Ciri-ciri pada brakta, involuker dan bunga adalah sangat penting untuk membezakan antara spesies. Keratan rentas petiol, lamina, tepi daun dan tulang daun bagi enam spesies Hornstedtia turut menunjukkan terdapat perbezaan antara spesies yang mempunyai kepentingan taksonomi. Selain daripada itu, setiap spesies menunjukkan kehadiran kelenjar minyak dan sel hipodermis kecuali pada H. leonurus. Berkas vaskular tersusun dalam beberapa arka yang terdiri daripada arka I, III dan IV. Trikom adalah jenis ringkas dan unisel, stomata adalah jenis tetrasitik. Debunga berbentuk sferoid, ca. 100-140 µm, eksin hampir licin, regulat, striat atau psilat dan tiada apertur. Kesimpulannya jumlah spesies yang diiktiraf di Semenanjung Malaysia telah bertambah kepada 10 dengan penaiktarafan dua varieti H. scyphifera kepada pangkat spesies dan pembezaan H. minor kepada H. ophiuchus.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectTaksonomi-
dc.subjectZingiberaceae-
dc.titleSemakan taksonomi ke atas genus Hornstedtia (zingiberaceae) di Semenanjung Malaysia-
dc.typetheses-
dc.format.pages341-
dc.identifier.callnoQK495.Z65I978 2018 tesis-
dc.identifier.barcode003593(2018)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_102638+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
448.18 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.