Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463695
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorBohari Mohd Yamin, Prof. Dr.
dc.contributor.authorSara Maira Mohd Hizam (P79475)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:34:35Z-
dc.date.available2023-09-25T09:34:35Z-
dc.date.issued2018-03-15
dc.identifier.otherukmvital:102635
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463695-
dc.descriptionSebelas sebatian baru iaitu 1-alil-3-feniltiourea 1, 1-alil-3-(2-fluorofenil)tiourea 2, 1-alil-3-(3-fluorofenil)tiourea 3, 1-alil-3-(4-fluorofenil)tiourea 4, 1-alil-3-(2-klorofenil)tiourea 5, 1-alil-3-(3-klorofenil)tiourea 6, 1-alil-3-(4-klorofenil)tiourea 7, 1-alil-3-(2-bromofenil)tiourea 8, 1-alil-3-(3-bromofenil)tiourea 9, 1-alil-3-(4-bromofenil)tiourea 10 dan 1-alil-3-(4-iodofenil)tiourea 13 telah berjaya disintesis daripada tindak balas antara alil isotiosianat dengan anilina, 2-fluoroanilina, 3-fluoroanilina, 4-fluoroanilina, 2-kloroanilina, 3-kloroanilina, 4-kloroanilina, 2-bromoanilina, 3-bromoanilina, 4-bromoanilina dan 4-iodoanilina. Kesemua sebatian ini telah dicirikan dengan spektrometer inframerah (FTIR), resonan magnet nuklear (RMN) dan ultralembayung boleh nampak (UL-BN). Kajian kristalografi mendapati sebatian 1 menghablur dalam sistem monoklinik dengan kumpulan ruang P2(1)/c.Sebatian 2 menghablur dalam sistem ortorombik dengan kumpulan ruang Pca21. Manakala sebatian 5 menghablur dalam sistem monoklinik dengan kumpulan ruang P21/n. Semua sebatian menunjukkan moieti tiourea mempunyai geometri trans. Seterusnya, alil isotiosianat dan 1-alil-3-feniltiourea telah dipilih untuk kajian metatesis. Spektrum jisim produk metatesis kendiri alil isotiosianat menunjukkan pembentukan 1,4-dwiisotiosianatobut-2-ena pada tempoh sejam, 8 jam dan 24 jam tindak balas. Sekaligus menunjukkan mangkin Grubbs generasi kedua adalah aktif. Walau bagaimanapun, kehadiran sterina, metiltrisikloheksilfosfonium dan metiltrisikloheksilfosfonium klorida menunjukkan aktivti tambahan berlaku dalam sistem pemangkinan. Kehadiran moeiti tiourea dalam 1-alil-3-feniltiourea menjadikan metatesis kurang aktif kerana produk jangkaan bis-(1-alil-3-feniltiourea) hanya dapat dikesan setelah tindak balas dilakukan selama 24 jam. Produk sampingan seperti stirena, metiltrisikloheksilfosfonium dan metiltrisikloheksilfosfonium klorida juga dikesan dalam metatesis kendiri 1-alil-3-feniltiourea. Metatesis silang alil isotiosianat dengan metil oleat memberikan metil 11-isotiosianatoundek-9-enoat dan 1-isotiosianatoundek-2-ena bagi tempoh tindak balas 24 jam. Manakala metatesis silang alil isotiosianat dengan etil oleat memberikan 1-isotiosianatododek-3-ena dan etil 11-isotiosianatoundek-9-enoat juga dikesan bagi tempoh tindak balas 1 jam dan 24 jam menunjukkan tindak balas ini aktif. Metatesis silang alil isotiosianat dengan etil linoleat pula memberi hasil -isotiosianatookt-2-ena bagi tempoh 1 jam dan 24 jam masa tindak balas. Selain itu, 1-isotiosianatoundeka-2,5-dwiena dan 1-isotiosianatoundek-9-enoat dapat dikesan daripada larutan tidak balas 24 jam. Metatesis silang 1-alil-3-feniltiourea dengan etil oleat pula memberikan hanya satu produk jangkaan iaitu 1-fenil-3-(undek-2-enil)tiourea setelah 24 jam masa tindak balas. Manakala dalam metatesis silang 1-alil-3-feniltiourea dengan etil linoleat, 1-(okt-2-enil)-3-feniltiourea dapat dikesan daripada tindak balas 1 jam dan 24 jam. 1- fenil-3-(undeka-2,5-dienil)tiourea dan etil 11-(3-feniltioureido)undeka-9-enoat hanya dikesan daripada larutan tindak balas 24 jam. Kajian ini menunjukkan tindak balas metatesis boleh berlaku dengan kehadiran kumpulan berfungsi tiosianat dan tiourea tetapi turut diikuti oleh penyingkiran sterina dan ligan trisikloheksilfosfina daripada kitaran semula mangkin. Faktor pengawalan penyingkiran tersebut adalah kajian masa depan yang menarik.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectSebatian
dc.subjectMetatesis
dc.subjectSintesis
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.titleSintesis alil tiourea dan potensinya dalam tindak balas metatesis
dc.typetheses
dc.format.pages237
dc.identifier.callnoQD262.S237 2018 tesis
dc.identifier.barcode003591(2018)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_102635+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.54 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.