Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463694
Title: | Sedimentologi, paleontologi, dan geokimia batu kapur Perm Akhir - Trias Awal di daerah Lipis, Pahang Darul Makmur |
Authors: | Nelisa Ameera Mohamed Joeharry (P80125) |
Supervisor: | Mohd. Shafeea Leman, Prof. Dr. |
Keywords: | Gua Batu kapur Caves -- Malaysia |
Issue Date: | 2-Apr-2018 |
Description: | Tempoh masa Perm Akhir - Trias Awal sekitar 260 hingga 250 juta tahun lalu merupakan julat masa kritikal yang menyaksikan peristiwa kepupusan terbesar dalam sejarah Bumi, iaitu Kepupusan Massa Perm - Trias ('KMPT'). Walaupun kajian terhadap Sempadan Perm - Trias ('SPT') sedang giat dijalankan di serata dunia, namun singkapan Perm Akhir - Trias Awal di Malaysia masih belum dikaji dengan teliti. Analisis dari aspek sedimentologi, paleontologi, dan geokimia telah dijalankan ke atas singkapan batu kapur Gua Bama, Gua Sei, dan Gua Panjang di daerah Lipis, Pahang, bagi memahami sekitaran pengendapan, geokimia, dan hidupan yang mendiami daerah Lipis ketika Perm - Trias. Gua Bama dan Gua Panjang menunjukkan sekitaran pengendapan daripada laut dalam hingga laut cetek, manakala Gua Sei yang terletak ke arah timur menunjukkan pengendapan laut cetek sepenuhnya. Di Gua Bama, hidupan Perm seperti brakiopod Enteletes retardata, Permophricodothyris sp., foraminifera Colaniella minima, Protonodosaria sp., Hemigordius sp., Multidiscus sp., Parareichelina sp., Reichelina sp., Dagmarita sp., Nankinella sp., Pachyploia sp., Cribrogenerina sp., Climacammina sp., dan rugosa Iranophyllum aequabilis dijumpai pada jujukan bawah. Gua Sei pula menyaksikan dominasi pembentukan ooid dan onkoid, tanpa kehadiran fosil yang boleh dikenal pasti penamaan sistematiknya. Di Gua Panjang, konodon Trias Awal seperti Hindeodus parvus, H. latidentatus, H. postparvus, H. eurypge, dan Isarcicella staeschi ditemui 2.50 m di atas jujukan Perm Akhir yang menemukan foraminifera Colaniella sp., Palaeotextularia sp., dan Ichthyofrondina sp. Penurunan nilai δ13C diperhatikan pada data isotop jujukan timur Gua Bama dan tenggara Gua Sei, manakala penurunan δ13C di barat Gua Bama dan timur Gua Panjang adalah tidak terlalu jelas. Kajian terhadap tiga aspek geologi ini telah mengehadkan ketinggian tumpuan SPT pada ketiga-tiga gua untuk diberikan perhatian lanjut oleh para pengkaji Perm - Trias pada masa hadapan, bagi mengenalpasti ketinggian SPT yang tepat dan seterusnya memahami peristiwa KMPT di Malaysia.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains |
Pages: | 282 |
Call Number: | GB608.81.M3N438 2018 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_102633+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.19 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.