Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463692
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSahilah Abdul Mutalib, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorAishah Elias (P76802)-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:34:28Z-
dc.date.available2023-09-25T09:34:28Z-
dc.date.issued2018-05-03-
dc.identifier.otherukmvital:102629-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463692-
dc.descriptionKajian ini dilakukan bagi menentukan kesan jenis pestisid (kimia dan organik), baja (tanpa baja, baja kimia, baja organik dan baja kimia dan organik) dan kompos (EFB dan tahi lembu) terhadap pertumbuhan (tinggi pokok, berat pokok, berat akar, panjang akar dan saiz daun), penghasilan (jumlah buah per pokok dan jumlah berat buah per pokok), aktiviti antioksidan, kandungan likopen, β--karoten dan mineral buah tomato. Varieti tomato yang digunakan adalah MT1. Sebanyak 16 perlakuan telah diberikan kepada pokok tomato (T1-T16). Kajian dijalankan di rumah kaca, Kompleks Rumah Tumbuhan, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM daripada April sehingga Disember 2015. Reka bentuk eksperimen yang digunakan adalah split-split plot dengan tiga replikasi. Faktor pestisid organik didapati memberi kesan terhadap berat daun yang tinggi. Faktor baja kimia pula didapati signifikan dalam saiz daun dan kekuningan (b*) tomato, manakala faktor baja kimia dan baja kimia dan organik memberi kesan signifikan pada berat buah jumlah. Faktor kompos tahi lembu pula memberi kesan yang signifikan terhadap tinggi pokok, berat basah dan berat kering akar dan bilangan buah per pokok. Kompos EFB pula memberi kesan yang signifkan tinggi terhadap kecerahan (L*) tomato dan kandungan likopen serta β--karoten. Bagi kandungan elemen dalam tomato pula, pestisid kimia adalah signifikan terhadap kepekatan unsur Na, Mg, Cr, P, Ni dan K. Pestisid organik pula signifkan dalam kepekatan unsur Ca, Cu, Fe, Zn, Mn, Co, As, Cd, Pb dan Al. Bagi faktor baja pula, aras perlakuan tanpa baja memberi kesan signifikan tinggi pada kandungan elemen Na, Cu, Co, As dan K, baja kimia pula signifikan pada elemen Mo, Ni dan Al, baja organik pula signifikan pada elemen Cd dan Pb manakala aras perlakuan baja kimia dan organik pula signifikan pada elemen Mg, Ca, Fe, Zn, Mn, Cr, B, P dan K. Untuk faktor kompos tahi lembu pula sumbangan dalam elemen Na, Mg, Ca, Cu, Fe, Zn, Mn, Cr, Mo, P, Co, Ni, As, Cd, Pb, K dan Al yang tinggi dalam buah tomato. Keputusan kajian menunjukkan ketinggian pokok tertinggi bagi setiap bulan adalah daripada perlakuan yang berbeza manakala dari segi berat, didapati T10 menghasilkan berat daun paling tinggi (200.0 g), T6 menunjukkan berat batang paling tinggi (261.3 g), dan T3 menunjukkan berat akar paling tinggi (91.0 g). Perlakuan T12 (73.0 cm) menunjukkan nilai paling tinggi bagi panjang akar manakala saiz daun yang paling besar ditunjukkan oleh T11 (48.0 cm2). Min keseluruhan buah yang tertinggi dihasilkan oleh T15 (560.3 g, 32 buah) dan diameter buah yang paling besar adalah T12 (39.61 mm). Keputusan analisis warna paling tinggi bagi kecerahan (L*) ditunjukkan oleh T2 (41.38) dan T4 (41.34), kemerahan (a*) oleh T14 (21.37) dan kekuningan (b*) oleh T4 (20.21) secara signifikan (p<0.05). Min bagi TPC dan DPPH yang tertinggi ditunjukkan oleh tomato T7 (1163.6 mg persamaan asid galik GAE/100 g dan 55.69%). Manakala, T3 menunjukkan nilai yang signifikan bagi DPPH (54.2%) sahaja. Nilai FRAP bagi T2 (9.00 μmol persamaan trolox TE/100 g) adalah tinggi secara signifikan (p<0.05) berbanding perlakuan lain. Bagi penentuan kandungan likopen dan β-karoten, perlakuan T12 menunjukkan nilai yang tertinggi secara signifikan (25.2 ppm dan 26.5 ppm). Keseluruhannya, faktor pestisid hanya memberi kesan signifikan pada berat daun, faktor baja memberi kesan signifikan pada saiz daun, berat buah jumlah dan kekuningan base.sh bb bb2 bb6 tomato manakala faktor kompos paling banyak mempengaruhi ciri pokok dan buah tomato dari segi tinggi pokok, berat basah dan berat kering akar, bilangan buah per pokok, kecerahan L* tomato, kandungan likopen dan β-karoten tomato. Gabungan faktor dalam setiap perlakuan akan menunjukkan kesan berbeza untuk ciri pokok dan buah tomato mengikut perlakuan (T1-T16).,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectBaja-
dc.subjectPestisid-
dc.subjectNatural pesticides-
dc.titleKesan jenis pestisid, baja dan kompos terhadap ciri pokok dan buah tomato-
dc.typetheses-
dc.format.pages134-
dc.identifier.callnoSB951.145.N37A387 2018 tesis-
dc.identifier.barcode003586(2018)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_102629+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
852.61 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.