Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463688
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Fauzi Daud, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Zaiton Abdul Kadir (P74239) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:34:19Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:34:19Z | - |
dc.date.issued | 2018-04-17 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:101649 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463688 | - |
dc.description | Penanda molekul merupakan satu elemen penting dalam pengenalpastian spesies tertentu. Gen β-glukan sintase telah disyorkan sebagai barkod untuk pengenalpastian spesies Pleurotus berikutan peranannya dalam menentukan kepelbagaian biologi. Gen β-glukan sintase dilaporkan mempunyai jujukan yang berbeza bagi setiap spesies dan boleh menjadi gen pilihan dalam kajian filogenetik. Oleh itu, lapan pencilan Pleurotus pulmonarius dari kawasan berlainan di Malaysia telah dipilih untuk kajian ini bagi memahami kepelbagaian spesies dalam kalangan Pleurotus pulmonarius dan populasi komersialnya berdasarkan kepada gen β-glukan sintase pada peringkat molekul. Namun, sebelum itu, kawasan DNA Ribosom Penjarak Dalaman Transkripsi (rDNA-ITS) (penanda ITS) telah digunakan dalam kajian ini sebagai rujukan dalam pengesahan spesies cendawan yang diperolehi dan pengecaman spesies Pleurotus menggunakan pencetus rDNA - ITS (ITS8 -F: 5'AGTCGTAACAAGGTTTCCGTAGGTG3 'dan ITS6 -R: 5'TTCCCGCTTCACTCGCAGT3 '). Hasil analisis daripada penanda dan jujukan ITS merekodkan pengenalpastian spesies Pleurotus pulmonarius yang diperlukan dalam kajian ini hanya sehingga keperingkat perbezaan spesies dan tidak dapat mengkelaskan Pleurotus pulmonarius daripada populasi yang berbeza. Analisis kandungan polisakarida β-glukan bagi spesies Pleurotus pulmonarius dilakukan memandangkan kajian terdahulu melaporkan peratusan kandungan β-glukan adalah berbeza bagi cendawan yang berlainan populasi, spesies dan habitat serta banyak faktor luaran lain mempengaruhinya. Analisis ANOVA Welch-Satterthwaite menunjukkan nilai perbezaan yang signifikan secara keseluruhan (p<0.05) antara Pleurotus pulmonarius yang berbeza populasi. Polisakarida jenis β-glukan daripada sample K menunjukkan peratusan kandungan β-glukan yang paling tinggi iaitu 50.74±8.68 % (w/w) dan CJ dengan nilai 45.65±3.55 % (w/w). ATCC 62887, TR3, N1, J3 dan Jt pula masing-masing mencatatkan peratusan kandungan β-glukan sebanyak 34.06 ± 2.38 % (w/w), 34.67± 1.17 % (w/w), 23.71 ± 2.50 % (w/w), 38.16 ± 2.54 % (w/w) dan 30.22 ± 1.14 % (w/w). Sampel G1 pula menunjukkan kandungan peratusan β-glukan yang paling rendah antara kesemua populasi spesies Pleurotus pulmonarius iaitu sebanyak 13.01 ± 2.41 % (w/w). Dapatan daripada kajian menggunakan penanda gen β-glukan sintase pula merumuskan jujukan gen β-glukan sintase adalah berbeza bagi spesies berlainan namun tiada kepelbagaian bagi spesies yang sama. Pohon filogenetik tidak dapat menyokong perbezaan jujukan gen β-glukan sintase bagi lapan pencilan Pleurotus pulmonarius dan mengkelaskan spesies ini ke dalam satu kumpulan yang sama.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Biologi Molekul | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Jujukan | - |
dc.subject | Filogenetik | - |
dc.subject | Pleurotus | - |
dc.title | Pencirian dan pengkelasan populasi pleurotus pulmonarius berdasarkan jujukan β-glukan sintase dan penentuan kandungan polisakarida jenis β-glukan | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 93 | - |
dc.identifier.callno | SB353.5.P55Z335 2018 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 003516(2018) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_101649+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 771.21 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.