Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463685
Title: | Aplikasi sistem rawatan berasaskan lepironia articulata & scirpus grossus untuk penghasilan air minuman di Tasik Chini, Pahang |
Authors: | Norul Yasmin Khairunnissa Hafzleenda Aznie Abd Manan (P80643) |
Supervisor: | Mushrifah Idris, Prof. Dato' Sri Dr. |
Keywords: | Air terawat Sewage disposal plants -- Malaysia |
Issue Date: | 7-Aug-2017 |
Description: | Kajian ini dijalankan di Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) Pekan, Pahang. Matlamat kajian ini adalah untuk menghasilkan air terawat daripada sumber air permukaan iaitu Laut Jemberau, Tasik Chini untuk dijadikan air minuman. Sistem tapak tumbuhan yang digunakan merangkumi lima tangki yang mengandungi dua jenis tumbuhan berbeza untuk menentukan tangki tumbuhan yang berkesan. Tangki pertama mempunyai tumbuhan Scirpus grossus, tangki kedua mempunyai Lepironia articulata, manakala tangki ketiga bersiri dengan tangki keempat mempunyai Scirpus grossus serta Lepironia articulata masing- masing, seterusnya tangki lima adalah merupakan tangki kawalan. Tangki kawalan tiada tumbuhan yang ditanam. Sistem ini juga menggunakan batu kerikil dan pasir bernisbah 1:3:3 sebagai medium untuk penanaman. Sebanyak dua belas parameter yang dipantau dan dianalisis iaitu pH, suhu, nitrat, ammonia, julat rendah permintaan oksigen kimia (COD-LR), warna, jumlah pepejal terampai (TSS), kolifom tinja, kolifom jumlah, oksigen terlarut (DO), permintaan oksigen biologi (BOD5), serta enam elemen logam berat (arsenik, kadmium, kromium, besi, mangan dan plumbum). Berdasarkan parameter tersebut, Indeks Kualiti Air (IKA) terbaik direkodkan oleh tangki 1 (Scirpus grossus) pada HRT3 hari iaitu 78 kelas 2 kategori baik, berbanding nilai influen dari Laut Jemberau pada 53 kelas 3 kategori sederhana tercemar. Julat purata dan sisihan piawai bagi tangki air mentah adalah; pH air sebelum adalah 5.91 ± 0.19 hingga 6.55 ± 0.6 , air selepas 6.39 ± 0.3 hingga 7.28 ± 0.3. Kecekapan ammonia 100% oleh kesemua tangki pada HRT2 hari, keberkesan terhadap COD 100% adalah tangki 1 (Scirpus grossus) pada HRT2haridan HRT3hari, kesemua HRT berjaya mengurangkan TSS, mengurangkan bilangan kolifom tinja dan jumlah hingga 90% pada HRT2dan 3hari, bagi warna air yang mematuhi piawaian adalah efluen daripada HRT 3 hari dan HRT 5 hari. Penyingkiran BOD5yang terbaik dicatatkan oleh tangki 1 (Scirpus grossus) 98.1 %.Kesemua elemen logam berat tidak dapat dikesan oleh ICP selepas melalui sistem tapak tumbuhan ini, kecuali beberapa hari pada HRT5 hari.Ujian analisis statistik ANOVA satu hala adalah P<0.05. Kajian ini mendapati tangki 1 (Scirpus grossus) pada HRT 3 hari dengan aliran selanjar Q = 20mL/min merupakan paling berkesan dalam mencapai air minuman yang mematuhi piawaian yang digariskan dalam Piawaian Kualiti Minuman Kebangsaaan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 179 |
Call Number: | TD746.N637 2017 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_100551+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 311.13 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.