Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463683
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Rusli Daik, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Maznah Mahmud (P72604) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:34:09Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:34:09Z | - |
dc.date.issued | 2017-11-25 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:100549 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463683 | - |
dc.description | Kajian ini adalah untuk membangunkan hidrogel daripada kitosan berjisim molekul rendah (LMC)/poli(vinil pirolidon) (PVP) diperkukuhkan dengan poli(etilena glikol) (PEG) menggunakan teknik sinar gamma (γ). LMC berjisim molekul 48.8 kDa (LMC1) dan 27.3 kDa (LMC3) digunakan dalam penyediaan hidrogel. Formulasi optimum hidrogel disediakan dengan kadaran LMC1/PVP 6:14 (L), LMC1/PVP 8:12 (M) kedua-duanya pada dos 7 kGy dan LMC3/PVP 8:12 (U) pada dos 3 kGy. Ketiga-tiga hidrogel L, M dan U menunjukkan fraksi gel paling tinggi iaitu 46.9% (L), 45.8% (M) dan 38.6% (U) berbanding hidrogel lain dalam kumpulan kadaran yang sama. Darjah pembengkakan hidrogel L, M dan U adalah lebih baik dalam larutan penimbal fosfat (PBS) pH 5.5 berbanding pH 7.0. Hidrogel L, M dan U kehilangan lembapan antara 41.6 - 56.4% pada suhu ambien dan 78.9 - 81.0% pada 37.0oC selepas 2 jam akibat dehidrasi. Seterusnya 10 g, 15 g dan 20 g PEG ditambah dalam formulasi L, M dan U. Penambahan PEG menyebabkan penurunan fraksi gel kepada 36.2 - 33.4% bagi siri L, 34.3 – 33.2% bagi siri M dan 30.8 - 28.8% bagi siri U. Kehadiran 10 g PEG dalam hidrogel L, M dan U meningkatkan darjah penyerapan PBS pH5.5 kepada masing-masing 750.4%, 528.9% dan 778.9%. Peningkatan PEG kepada 15 g dan 20 g merendahkan sifat penyerapan hidrogel. Siri hidrogel L, M dan U dengan kehadiran PEG, kehilangan kelembapan antara 12 - 19% pada suhu ambien dan antara 34 - 54% pada 37.0oC. Aktiviti pelepasan asid salisilik (SA) oleh semua siri hidrogel lebih baik pada pH5.5. Kadar pelepasan SA terbaik ditunjuk oleh hidrogel U20 dan L10 dengan masing-masing 79.0% dan 71.4% selepas 24 jam. Tetapi siri hidrogel M menunjukkan aktiviti pelepasan SA selepas 24 jam dilihat perlahan iaitu antara 42.0 - 55.4% sahaja. Hasil kajian kebio-serasian menunjukkan semua siri hidrogel L, M dan U adalah selamat dan tidak toksik ke atas sel fibroblas,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Colloids | - |
dc.title | Hidrogel kitosan berjisim molekul rendah/poli(vinil pirolidon) diperkukuh dengan poli(etilena glikol) sebagai pembawa dadah melalui teknik sinar gamma | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 138 | - |
dc.identifier.callno | QD549.M339 2017 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 003387(2018) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_100549+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 296.17 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.