Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463682
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKhoo Kok Siong, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorYasmin Mohd Idris Perama (P85016)-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:34:06Z-
dc.date.available2023-09-25T09:34:06Z-
dc.date.issued2018-06-05-
dc.identifier.otherukmvital:100548-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463682-
dc.descriptionRadionuklid tabii dan logam berat merupakan unsur bertoksik yang boleh mengundang risiko bahaya pada organ-organ tertentu dalam sistem penghadaman manusia melalui pendedahan terhadap alam sekitar yang tercemar. Kilang pemprosesan nadir bumi, Lynas Advaned Materials Plant (LAMP) terlibat dengan isu keselamatan tapak penstoran residu yang bersifat terbuka digunakan untuk menyimpan residu pemurnian larut lesap (WLP) yang mengandungi unsur bertoksik. Dengan kaedah matematik menggunakan Perisian Simulasi, Analisis dan Pemodelan II (SAAM II) siri 2.1, organ saluran pencernaan manusia boleh dipermudahkan dengan menggunakan struktur model sebagai kompartmen berasingan dilengkapi dengan laluan pemindahan yang bersifat homogen dan diedarkan secara sama rata. Berdasarkan kajian penghadaman in-vitro DIN, hasil menunjukkan kepekatan radionuklid tabii (U dan Th) serta logam berat (As, Cd dan Pb) lebih tinggi pada fasa gastrik berbanding dengan fasa gastrousus. Julat min kepekatan yang diperoleh adalah U (0.056 ± 0.005 - 0.046 ± 0.006 mg/kg), Th (0.043 ± 0.009 - 0.033 ± 0.009 mg/kg),As (1.006 ± 0.141 - 0.658 ± 0.093 mg/kg), Cd (0.130 ± 0.007 - 0.105 ± 0.001 mg/kg) dan Pb (0.062 ± 0.008 - 0.06 ± 0.017 mg/kg) bagi larutan gastrik sementara larutan gastrousus adalah U (0.003 ± 0.001 - 0.002 ± 0.001 mg/kg), Th (0.007 ± 0.004 - 0.012 ± 0.004 mg/kg), As (0.007 ± 0.003 - 0.008 ± 0.002 mg/kg), Cd (0.022 ± 0.002 - 0.015 ± 0.003 mg/kg) dan Pb (0.025 ± 0.016 - 0.081 ± 0.036 mg/kg). Variasi pH dalam sistem gastrousus manusia mempengaruhi kebolehlarutan setiap unsur kerana pembentukan kompleks ion yang berbeza. Simulasi model sistem gastrousus manusia menggunakan perisian SAAM II menghasilkan lengkungan taburan radionuklid tabii (U dan Th) serta logam berat (As, Cd dan Pb) terhadap profil masa yang menjelaskan proses penyerapan, pengedaran, metabolisma dan perkumuhan yang berlaku dalam sistem penghadaman manusia. Lengkungan menunjukkan kepekatan radionuklid tabii (U dan Th) serta logam berat (As, Cd dan Pb)dalam kedua-dua larutan gastrik dan gastrousus dimulai dengan fasa penyerapan (jam pertama), diikuti dengan proses pengedaran dan metabolisma (jam kedua hingga ketiga) dan perkumuhan (jam ketiga hingga kelima). Penghasilan nilai anggaran kepekatan melalui perisian SAAM II bagi setiap unsur telah dibandingkan dengan nilai ukuran kepekatan yang diperoleh selepas proses penghadaman in-vitro DIN dengan menggunakan statistik ujian-t. Bagi larutan gastrik, hanya Th (nilai-p = 0.0011) menunjukkan perbezaan yang ketara (p < 0.05) antara kepekatan ukuran berbanding dengan kepekatan anggaran berbanding dengan U, As, Cd dan Pb. Kesemua unsur (U, Th, As, Cd dan Pb) tidak mempunyai perbezaan yang signifikan (p < 0.05) dalam larutan gastrousus. Penilaian risiko kesihatan diukur menunjukkan EDI radionuklid tabii (U dan Th) serta logam berat (As, Cd dan Pb) pada fasa gastrik dan gastrousus tidak melebihi had piawaian pengambilan harian yang dibenarkan (TDI) bagi kanak-kanak, orang dewasa dan pekerja. Bagi HQ, hasilpengukuran menunjukkan radionuklid tabii (U dan Th) serta logam berat (As, Cd dan Pb) pada fasa gastrik dan gastrousus berada dalam aras yang selamat iaitu HQ < 1.0 bagi kanak-kanak, orang dewasa dan pekerja.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectRadioisotopes-
dc.titlePenentuan kepekatan radionuklid tabii (U, Th) dan logam berat (As, Cd, Pb) dari residu pemurnian larut lesap air (WLP) dengan kaedah in-vitro din dan pemodelan biokinetik SAAM II berserta risiko kesihatannya-
dc.typetheses-
dc.format.pages130-
dc.identifier.callnoQC795.Y337 2018 tesis-
dc.identifier.barcode003386(2018)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_100548+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
343.95 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.