Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463681
Title: Sintesis dan pencirian sebatian terbitan tiourea dan aplikasi pengikatan dengan logam terpilih, aktiviti antioksidan dan kajian kesitotoksikan
Authors: Noor Fatimatul Akma Awang Ngah (P83605)
Supervisor: Siti Aishah Hasbullah, Dr.
Keywords: Thiourea
Issue Date: Feb-2018
Description: Penyelidikan ini melibatkan sintesis dan pencirian 10 struktur sebatian terbitan tiourea yang terdiri daripada terbitan mono-, bis- dan tris-tiourea. Sebatian ini disintesis menggunakan sebatian terbitan amina dan terbitan isotiosianat. Sebatian mono-tiourea yang dihasilkan adalah 1-(2-aminofenil)-3-etiltiourea (3a), 1-(2-aminofenil)-3-(naftalen-1-il)tiourea (3b), dan 1-(3-aminofenil)-3-(naftalen-1-il)tiourea (3c) manakala sebatian bis-tiourea pula adalah 1,4-fenilin-bis[3-(1-naftil)tiourea] (3d), 1,4-fenil-3-etiltiourea (3e), 1,3-fenil-3-etiltiourea (3f), 2,2-oksibis[(etil)-4-(1-naftil)-3-tiourea] (3g), 7-metil-6-aminobis-[(4,5-etil)-1-(1-naftil)-2-tiourea] (3h), dan 1,1'-(iminobisetilin)-bis-[3-(1-naftil)tiourea] (3i). Hanya satu sebatian tris-tiourea yang berjaya dihasilkan iaitu N,N',N''-tris(etiltiourea)dietilenatriamina (3j). Hasil sebatian ini dicirikan strukturnya dengan menggunakan alat Spektroskopi Inframerah Tranformasi Fourier (FT-IM), 1H dan 13C Resonans Magnetik Nuklear (RMN), dan Spektrometri Jisim (SJ). Data analisis mikrounsur CHNS juga bersetuju dengan struktur jangkaan. Keputusan kristalografi sinar-X menunjukkan sebatian 3e, 3f dan 3j menghablur dalam sistem monoklinik dengan kumpulan ruang Pí, a = 9.6275(7) Å, b= 7.9435(7) Å, c = 9.2997(7) Å, α= 90°, β= 90.936(2)°, γ = 90° (3e), Pí, a =21.541(3) Å, b = 7.3700(11) Å, c = 9.3117(15) Å, α= 90°, β= 103.210(5)°, γ = 90°(3f), dan Pí, a = 7.9465(5) Å , b = 18.4149(14) Å, c = 13.2653(9) Å, α= 90°, β=98.841(2)°, γ = 90° (3j). Kajian pengikatan sebatian 3c, 3g dan 3j terhadap ion logam terpilih dilakukan dengan menggunakan kajian kolorimetrik, inframerah, pentitratan Ultra Lembayung-Boleh Nampak (ULBN) dan pentitratan 1H RMN. Kajian kolorimetrik menunjukkan perubahan warna bagi sebatian 3c, 3g dan 3j dengan kehadiran ion Cu2+, Hg2+, Fe2+, dan Ag+. Stoikiometri pengikatan ditentukan dengan menggunakan variasi pengikatan pentitratan selanjar dan lengkung nisbah molar. Nilai pemalar pengikatan, Kd dikira dengan menggunakan persamaan regrasi tak linear. Nisbah mod pengikatan dalam kajian pentitratan ULBN di antara sebatian 3c dengan ion Hg2+, Pb2+, Ag+, dan Cu2+ adalah 1:1 manakala 3g adalah Pb2+ (1:1), Cu2+ (1:2), Fe2+ (1:2), Hg2+ (1:2), dan Ag+ (1:2). Sebatian 3j pula menunjukkan mod pengikatan dengan ion Hg2+ (Hg(OAc)2 dan Fe2+ adalah 1:3 dan Hg2+ (HgI2) adalah 1:2. Penyaringan biologi terhadap sebatian terbitan tiourea menggunakan asai DFPH bagi aktiviti antioksidan dan asai MTT bagi kajian kesitotoksikan turut dijalankan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 199
Call Number: QD315.N636 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_100547+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
439.18 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.