Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463677
Title: | Penilaian kerentanan dan alir keluar tanah runtuh secara rantau di Kundasang, Sabah |
Authors: | Kamilia Sharir (P80145) |
Supervisor: | Norbert Simon, Dr. |
Keywords: | Landslides -- Malaysia |
Issue Date: | 30-Apr-2018 |
Description: | Kajian perkaitan di antara kerentanan tanah runtuh dengan alir-keluar tanah runtuh kurang dibincangkan dalam kajian tanah runtuh. Justeru itu, kajian ini membincangkan penilaian kerentanan dan alir keluar tanah runtuh di kawasan kajian yang terletak di Kundasang, Sabah. Objektif kajian ini adalah untuk menghasilkan sebuah peta inventori tanah runtuh, membina peta kerentanan tanah runtuh berdasarkan faktor-faktor penyebab tanah runtuh dan menghasilkan sebuah model alir keluar untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi alir keluar tanah runtuh di kawasan kajian. Penafsiran fotograf udara telah dilakukan untuk mengenal pasti taburan tanah runtuh sepanjang tiga tahun penilaian iaitu tahun 1984, 2009 dan 2012. Set data ini telah dikelaskan kepada dua kumpulan tanah runtuh berdasarkan kepada punca berlakunya tanah runtuh, sama ada secara semulajadi atau pada cerun buatan. Selain itu, data tanah runtuh ini juga telah dibahagikan kepada zon punca dan zon pemendakan bertujuan untuk menganalisis zon alir keluar tanah runtuh di kawasan kajian. Antara parameter fizikal yang digunakan untuk melihat perkaitan dalam setiap kumpulan berikut seperti sudut kecuraman cerun, aspek cerun, litologi, siri tanah, guna tanah, ketumpatan lineamen, ketumpatan saliran, ketumpatan jalan raya dan taburan hujan. Secara keseluruhan, sebanyak 583 jumlah lokasi tanah runtuh dikesan iaitu gabungan dari tahun 1984, 2009, 2012 dan 2014 melalui pencerapan fotograf udara dan cerapan lapangan. Melalui penafsiran fotograf udara, sejumlah 362 tanah runtuh semula jadi telah dikenal pasti manakala 133 tanah runtuh lagi berlaku di cerun buatan. Daripada analisis, ketumpatan tanah runtuh dalam kumpulan tanah runtuh semula jadi menunjukkan bahawa, sudut kecuraman cerun melebihi 35˚, aspek cerun yang menghadap arah barat daya, ketinggian topografi 500m - 1000m, taburan hujan berintensiti tinggi, jalan raya yang ketumpatan tinggi, lineamen yang berketumpatan tinggi dan saliran yang berketumpatan tinggi menunjukkan tahap kerentanan tanah runtuh yang tinggi. Bagi ketumpatan tanah runtuh yang berlaku di cerun buatan manusia pula, ketumpatan tanah runtuh tinggi direkodkan pada sudut kecuraman cerun 25˚-35˚, aspek cerun yang menghadap arah selatan serta ketinggian topografi 1500m - 2000m. Dari segi bahan-bahan geologi bagi kedua-dua jenis tanah runtuh ini menunjukkan persamaan dimana siri tanah jenis Brantian dan litologi jenis aluvium pantai dan sungai yang mempunyai tahap kerentanan tanah runtuh yang tinggi. Analisis ketumpatan tanah runtuh ini digunakan untuk menghasilkan peta kerentanan tanah runtuh untuk kedua-dua set data ini. Peta kerentanan ini telah dibahagikan kepada tiga kelas iaitu kawasan yang berketumpatan rendah (12-23), sederhana (24-29)dan tinggi (30-41) dan hasil pengesahsahihan peta ini menunjukkan nilai ketepatanyang boleh diterima iaitu 71% dan 74% masing-masing untuk peta kerentanan tanahruntuh semula jadi dan cerun buatan manusia dan ini menunjukkan peta-peta ini bolehditerima. Hasil pemerhatian analisis alir keluar tanah runtuh disepanjang tahun-tahunpenilaian didapati bahawa jarak laluan zon alir keluar yang melebihi >400mdipengaruhi oleh guna tanah jenis tandus dan bahan geologi seperti litologi jenis syaldan filit dengan beberapa batu lodak dan batu pasir (SP) dan juga siri tanah jenis Trusmadi. Selain itu, alir keluar tanah runtuh ini juga sangat dipengaruhi oleh sudutkecuraman cerun kerana panjang jarak alir keluar yang melebihi >400m secaradominannya terletak dalam sudut kecuraman cerun berkelas >25˚. Hasil analisis peta kerentanan dan alir keluar ini diharap dapat digunakan sebagai penilaian bencana tanah runtuh dan diambil kira dalam perancangan guna tanah di masa hadapan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 269 |
Call Number: | QE599.M4K336 2018 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_100544+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 812.55 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.