Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463675
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Md. Pauzi Abdullah, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Siti Aminah Zulkepli (P73991) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:33:51Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:33:51Z | - |
dc.date.issued | 2017-07-26 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:99463 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463675 | - |
dc.description | Malakit hijau adalah sejenis pewarna trifenilmetana yang digunakan meluas dalam industri tekstil dan akuakultur. Kajian ini mensasarkan aplikasi reka bentuk eksperimen dalam kajian penjerapan malakit hijau oleh nanotiub karbon multidinding (MWCNT) dan nanotiub karbon multidinding berfungsi (MWCNT-O). MWCNT-O telah disintesis melalui proses pengoksidaan MWCNT dengan asid nitrik di bawah keadaan refluks. Kedua-dua MWCNT dan MWCNT-O telah dicirikan dengan menggunakan Mikroskopi Elektron Imbasan Medan Pancaran (FESEM), spektroskopi Infra-Merah Tranformasi Fourier (FTIR) dan analisis Brunauer-Emmett-Teller (BET). Pengoptimuman penjerapan malakit hijau ke atas kedua-dua nanotiub karbon ini telah dijalankan dengan menggunakan reka bentuk komposit berpusat (CCD) dengan lima pembolehubah eksperimen iaitu jisim bahan penjerap, kepekatan awal malakit hijau, pH larutan, masa sentuh dan kelajuan penggoncangan. Keertian kesan linear, kuadratik dan interaksi di antara pembolehubah telah ditentukan melalui analisis varian (ANOVA). Analisis isoterma, kinetik dan termodinamik telah dikaji ke atas sifat penjerapan malakit hijau bagi MWCNT dan MWCNT-O. Keputusan FTIR menunjukkan terdapat kumpulan karboksil (C=O) dan hidroksil (-OH) terbentuk pada permukaan MWCNT-O dengan puncak penyerapan masing-masing pada 1773 cm−1 dan 3261 cm−1. Imej FESEM bagi MWCNT-O menunjukkan bahawa proses pengoksidaan telah menyebabkan berlaku pemecahan pada struktur dan pemendekan tiub. Daripada analisis BET, MWCNT-O menunjukkan terdapat luas permukaan spesifik yang lebih tinggi iaitu 297.42 m2/g berbanding dengan MWCNT (272.92 m2/g). Penjerapan malakit hijau oleh MWCNT telah dicapai dengan keadaan optimum yang dicadangkan: 0.03 g MWCNT, 20 ppm kepekatan awal malakit hijau, pH 7 larutan, masa sentuh 20 minit dan kelajuan penggoncangan 150 strok/min. Manakala, keadaan optimum bagi penjerapan malakit hijau oleh MWCNT-O ialah 0.03 g MWCNT-O, 40 ppm kepekatan awal malakit hijau, pH 8.5 larutan, masa sentuh 22 minit dan kelajuan penggoncangan 150 strok/min. Nilai eksperimen bagi penjerapan malakit hijau oleh MWCNT dan MWCNT-O menunjukkan persetujuan yang baik dengan nilai ramalan (R2 MWCNT = 0.922; R2 MWCNT-O = 0.915). Model Langmuir telah dicadangkan sebagai model yang paling sepadan untuk menerangkan isoterma penjerapan malakit hijau bagi MWCNT dan MWCNT-O. Nilai kapasiti maksimum penjerapan, Qm untuk MWCNT dan MWCNT-O masing-masing ialah 114.94 dan 204.08 mg g−1 menunjukkan bahawa MWCNT-O adalah bahan penjerap yang lebih baik. Peningkatan kapasiti penjerapan adalah disebabkan oleh peningkatan tapak aktif penjerapan dengan penambahan luas kawasan permukaan dan pembentukan kumpulan berfungsi pada permukaan nanotiub karbon setelah proses pengoksidaan. Data eksperimen untuk kajian kinetik mencadangkan bahawa proses penjerapan bagi kedua bahan penjerap adalah mengikut model tertib pseudo kedua. Kajian termodinamik menunjukkan penjerapan malakit hijau oleh MWCNT dan MWCNT-O didapati bersifat spontan dengan nilai ΔG° negatif dan endotermik dengan nilai ΔH° positif. Manakala nilai Ea menunjukkan bahawa penjerapan adalah bersifat fizik.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Malachite | - |
dc.title | Kajian penjerapan malakit hijau oleh nanotiub karbon multidinding dan nanotiub karbon multidinding berfungsi dengan kaedah reka bentuk komposit berpusat | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 136 | - |
dc.identifier.callno | QE391.M25S593 2017 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 003295(2018) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_99463+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 671.17 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.