Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463673
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Rizafizah Othaman, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Muhammad Johan Iskandar Zahari (P82962) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:33:46Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:33:46Z | - |
dc.date.issued | 2017-06-21 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:98898 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463673 | - |
dc.description | POME ialah pencemar yang serius kerana memerlukan kolam takungan luas yang mempunyai kandungan bahan organik yang tinggi dan sangat berbau. Teknologi membran dilihat boleh menjadi alternatif kepada kaedah rawatan sedia ada. Namun, membran komersil biasanya perlu digunakan bersama kaedah pra-rawatan yang lain untuk meningkatkan prestasi membran tersebut Dalam kajian ini, membran baharu berasaskan getah telah dihasilkan untuk merawat POME dan prestasi membran tersebut dibandingkan dengan membran komersil yang pernah digunakan dalam rawatan POME. Membran getah asli terepoksida/polivinil klorida (ENR/PVC) dengan 10% berat selulosa (cell) telah dihasilkan menggunakan kaedah pengacuanan larutan dan pembalikan fasa. Pencirian telah dijalankan dengan menggunakan pembelauan sinar-X (XRD), mikroskop imbasan elektron (SEM), spektroskopi inframerah (FTIR), analisis termogravimetri (TGA), analisis sudut sentuhan, analisis penyerapan dan keliangan, fluks air, penolakan garam dan rawatan POME. Prestasi membran tersebut telah dibandingkan dengan membran polietilena (PE), selulosa asetat (CA), selulosa nitrat (NC) dan politetrafloroetilena (PTFE). Penambahan selulosa pada membran ENR/PVC/Cell telah menjadikan membran lebih berliang, kehabluran yang bertambah, lebih hidrofilik, dan berjaya meningkatkan tahap peratusan penyerapan air dan fluks. Membran ENR/PVC tidak menunjukkan sebarang ketelapan manakala membran ENR/PVC/Cell mempunyai fluks sebanyak 440.3 L·m-2·h-1 pada tekanan 8 bar. Membran ENR/PVC/Cell telah berjaya mengurangkan 0.1M dan 0.05M kepekatan garam sebanyak 5% dan 29%. Ciri-ciri POME untuk semua membran telah menunjukkan pengurangan dalam semua parameter seperti BOD, COD dan TSS. Walaubagaimanapun, prestasi rawatan POME ialah pada susunan PE>NC>ENR/PVC/Cell>CA>PTFE untuk semua parameter. Membran ENR/PVC/Cell terbukti lebih baik daripada membran komersil yang tertentu dan berpotensi untuk digunakan dalam rawatan POME kerana kos membran yang agak murah. Teknologi membran ini akan membantu rawatan POME dijalankan dengan lebih cepat, cekap dan pada kos penyelenggaraan yang murah.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Efluen | - |
dc.subject | Membran | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.title | Membran getah asli terepoksida/polivinil klorida/selulosa untuk rawatan efluen minyak kelapa sawit (POME) | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 167 | - |
dc.identifier.barcode | 003217(2018) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_98898+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 115.1 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.