Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463672
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Sharina Abu Hanifah, Dr. | - |
dc.contributor.author | Normazida Rozi (P80265) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:33:44Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:33:44Z | - |
dc.date.issued | 2018-01-18 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:98897 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463672 | - |
dc.description | Sunset Yellow (SY) banyak digunakan dalam industri makanan sebagai aditif pewarna sintetik. Pengambilan SY secara berlebihan boleh mendatangkan penyakit seperti alahan dan kanser. Pemantauan terhadap penggunaan SY ini perlu dijalankan bagi memastikan kuantiti SY yang digunakan dalam industri makanan tidak melebihi had dibenarkan (1-4 mg/kg). Melalui kajian ini, penilaian terhadap kesan agen taut silang dan kehidrofilikan membran polimer berasaskan akrilamida bagi pemegunan enzim lakase dijalankan dan seterusnya diaplikasi untuk biosensor SY secara elektrokimia serta membandingkan biosensor SY ini dengan kaedah piawai. Kajian ini melibatkan sintesis poli(Akrilamida-ko-Etil Metakrilat)(AAm-ko-EMA) secara fotopempolimeran. Eksperimen dijalankan untuk mengkaji potensi membran poli(AAm-ko-EMA) dijadikan sebagai matriks pemegunan enzim Lakase serta mengenalpasti samada membran dengan penambahan agen taut silang jenis N,N-Metilenabisakrilamida (MBA) dapat memperbaiki sifat fizikal membran polimer untuk diaplikasikan sebagai biosensor SY secara elektrokimia. Hasil analisis Attenuated Total Reflectance-Fourier Transform Infrared (ATR-FTIR) bagi polimer dengan nisbah 100:0 bagi monomer AAm tanpa kehadiran monomer EMA untuk menghasilkan poli(AAm) dan nisbah 90:10 bagi poli(AAm-ko-EMA) membuktikan monomer AAm dan EMA telah bertindakbalas membentuk kopolimer dengan kehadiran kumpulan berfungsi eter (-COO) dalam spektrum poli(AAm-ko-EMA). Analisis mikroskopi pengimbas elektron (SEM) menunjukkan struktur berliang bagi poli(AAm) dan poli(AAm-ko-EMA). Permukaan berliang ini didapati telah memberi kesan kepada sifat serapan air kedua-dua jenis membran. Poli(AAm-ko-EMA) mempunyai peratus serapan air tertinggi iaitu 96.2 % diikuti dengan poli(AAm) (94.0 %), poli(AAm)/MBA (57.4 %) dan poli(AAm-ko-EMA)/MBA (65.0 %) pada minit ke-10. Namun, kajian larut lesap menunjukkan poli(AAm) mempunyai peratus larut lesap enzim tertinggi iaitu 11.9% diikuti dengan poli(AAm)/MBA (9.2 %), poli(AAm-ko-EMA) (5.7 %) dan poli(AAm-ko-EMA)/MBA (2.9 %). Selain itu, penambahan agen taut silang MBA juga telah dapat mengekalkan bentuk membran polimer, namun tidak dapat melekat dengan baik pada elektrod karbon berkaca (GCE). Oleh itu, membran poli(AAm-ko-EMA) telah dipilih untuk digunakan dalam fabrikasi biosensor SY secara elektrokimia. Sebanyak 5 μL enzim lakase yang dipegun dalam poli(AAm-ko-EMA) pada GCE memberikan tindakbalas optimum terhadap SY yang disediakan dalam 0.05 M larutan penimbal fosfat (PBS), pH 5. GCE dengan enzim lakase terpegun dalam membran poli(AAm-ko-EMA) dibiarkan bertindakbalas dengan SY selama 1 minit sebelum dianalisis secara voltammetri denyut pembezaan (DPV). Julat linear pengesanan SY dikenalpasti berada pada julat kepekatan 0.08 μM - 10 μM (R2=0.9843) dengan had pengesanan terendah 0.02 μM. Biosensor SY dengan kebolehulangan 0.49 - 1.91 % (n=5) ini masih mengekalkan 92.8 % prestasinya setelah disimpan pada suhu 4 oC selama seminggu. Peratus perolehan semula SY dalam sampel minuman ringan adalah sebanyak 99.0 - 101.6 %. Biosensor menunjukkan korelasi yang baik dengan kaedah kromatografi cecair berprestasi tinggi (HPLC) dengan pekali regrasi, R2=0.9794. Kesimpulannya, biosensor ini sesuai untuk digunakan sebagai kaedah alternatif dalam aplikasi pengesanan SY secara in-situ.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Pewarna sintetik | - |
dc.subject | Membran | - |
dc.subject | Enzim | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.title | Biosensor elektrokimia Sunset Yellow berasaskan poli(Akrilamida-ko-Etil Metakrilat) terpegun lakase | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 153 | - |
dc.identifier.barcode | 003216(2018) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_98897+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 439.75 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.