Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463670
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorShahidan Radiman, Prof. Dr.
dc.contributor.authorWan Qashishah Akmal Wan Razali (P78601)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:33:40Z-
dc.date.available2023-09-25T09:33:40Z-
dc.date.issued2017-08-25
dc.identifier.otherukmvital:98895
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463670-
dc.descriptionDalam kajian ini, kami menggunakan simulasi matematik dan teori Bohm untuk menjelaskan mekanik stokastik dalam motor molekul. Untuk kajian pertama, persamaan pembeza stokastik (SDE) digunakan untuk menerangkan motor molekul linear seperti kinesin. Berbeza dengan SDE lazim, kami menggunakan min-punca kuasa dua berbalik (MRSR) untuk memodelkan pergerakan pemaut leher motor kinesin dengan mempertimbangkan kebarangkalian arah mara dan kadang-kadang arah mundur bagi pergerakan kinesin. Model pelabuhan pepemaut leher motor kinesin ini menggabungkan perubahan konformasi dalam kinetik kimia dan resapan terikat bagi domain kepala bebas daripada mikrotubul. Dengan menggunakan model mekanik spring Hookean, pergerakan motor kinesin lebih relevan untuk menjelaskan mekanik stokastik motor berbanding persamaan pembeza stokastik lazim oleh Hughes (2012). Manakala dalam kajian kedua, kami menerangkan rotor molekul tunggal dengan cara terbitan Madelung-Bohm sebagai turun naik kuantum yang sepadan dengan daya stokastik kuantum. Idea utama ialah dengan mengaplikasikan persamaan Liouville terubahsuai dalam teori de Broglie-Bohm yang diperkenalkan Eingorn dan Rusov (2014) serta dikaitkan dengan mekanisme nyahkeruan dalam rotor molekul yang menggunakan kuasa motif untuk mengawal dan mewujudkan gerakan dalam superposisi keadaan tidak pegun. Satu aplikasi baru mekanik Bohm dalam rotor molekul tunggal telah dicadangkan mewakili dua daya rawak iaitu daya keupayaan lesap dan daya keupayaan kuantum yang menerangkan turun naik putaran rawak. Hal ini jelas menunjukkan bahawa proses stokastik dalam aplikasi rotor adalah setara dengan daya keupayaan kuantum dalam teori Bohm. Selain itu, teori Bohmian yang diperkenalkan oleh Gindensperger et al. (2004) juga diteruskan ke atas rotor molekul tunggal yang mana kaedah ini menggabungkan darjah kebebasan yang besar merangkumi bahagian klasik dan sebahagian kuantum ke dalam persamaan Hamiltonan. Gabungan kuantiti yang terdiri daripada kedudukan darjah kebebasan klasik, momentum, trajektori kuantum dan fungsi gelombang dalam subruang kuantum dirambat secara serentak bagi aplikasi terhadap rotor molekul. Justeru, mekanik stokastik mampu dijelaskan sama ada dalam simulasi stokastik MRSR mahupun teori Bohm bagi motor molekul.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectStokastik
dc.subjectKinesin
dc.subjectTeori Bohm
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.titleMekanik stokastik: aplikasi terhadap motor molekul
dc.typetheses
dc.format.pages96
dc.identifier.barcode003214(2018)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98895+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
444.71 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.