Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463666
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohamad Azwani Shah Mat Lazim, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorChester Clement Chin (P75313)-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:33:31Z-
dc.date.available2023-09-25T09:33:31Z-
dc.date.issued2017-09-21-
dc.identifier.otherukmvital:98892-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463666-
dc.descriptionKejadian tumpahan minyak di atas permukaan air seperti lautan yang kerap berlaku saban dekad merupakan isu alam sekitar yang sering dibincangkan dalam kalangan masyarakat dunia. Bagi mengawal masalah ini, pelbagai langkah telah diambil dan penggunaan bahan penyerap merupakan salah satu kaedah yang paling efektif bagi mengawal kejadian tumpahan minyak. Dalam kajian ini, getah asli cecair (LNR) digunakan sebagai bahan asas semulajadi dalam penghasilan bahan penyerap. Getah asli cecair (LNR) dihasilkan dengan menggunakan kaedah pendepolimeran fotokimia dan dicirikan dari segi molekul menggunakan analisis Fourier Transformasi Inframerah (FTIR) dan Kromatografi Penelapan Gel (GPC). Bahan penyerap minyak berasaskan LNR telah berjaya dihasilkan menggunakan kaedah vulkanisasi LNR pada suhu bilik (25°C) dengan agen taut silang disulfur diklorida (S2Cl2) dan agen pembusa yang terdiri daripada natrium hidrogen karbonat (NaHCO3) dan asid asetik (CH3COOH). Pengoptimaan formulasi penghasilan bahan penyerap dilakukan dengan memvariasikan nisbah kandungan agen taut silang kepada berat LNR iaitu 3.0 v/w%, 3.5 v/w%, 4.0 v/w%, 4.5 v/w% dan 5.0 v/w%. Bahan-bahan penyerap yang telah dihasilkan dicirikan dari aspek molekul (analisis Fourier Transformasi Inframerah Attenuasi Berpantul (ATR-FTIR)), morfologi (mikroskop optik), mekanik (ujian mampatan) serta prestasi dan kinetik penyerapan minyak (ujian penyerapan minyak dan kebolehgunaan semula bahan penyerap). Selain itu, analisis Termogravimetri (TGA) dilakukan bagi menguji kestabilan termal bahan penyerap dan ujian sudut sentuh dilakukan bagi menguji sifat hidrofobik bahan penyerap. Hasil kajian mendapati bahan penyerap dengan nisbah 4.0 v/w% merupakan bahan penyerap yang terbaik kerana mempunyai struktur liang yang lebih poros dengan isipadu liang 4.99 mL·g-1, prestasi penyerapan minyak yang paling tinggi (7.67 g·g-1) dan kebolehgunaan semula sehingga 13 kali. Hasil kajian juga mendapati bilangan taut silang dalam bahan penyerap mempengaruhi sifat fizikal bahan penyerap. Bilangan taut silang yang kurang (bahan penyerap dengan nisbah 3.5 v/w%, 4.0 v/w% dan 4.5 v/w%) akan memberi prestasi penyerapan minyak yang lebih tinggi dan mampatan yang lebih baik. Berdasarkan keseluruhan hasil kajian, dapat disimpulkan bahawa bahan penyerap berasaskan getah asli cecair (LNR) berpotensi untuk diaplikasikan sebagai salah satu medium berasaskan sumber semulajadi bagi menyerap minyak.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectGetah asli cecair-
dc.subjectTumpahan minyak-
dc.subjectBahan penyerap-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.titleFabrikasi dan pencirian bahan penyerap minyak berasaskan getah asli cecair-
dc.typetheses-
dc.format.pages100-
dc.identifier.barcode003211(2018)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98892+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
382.47 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.