Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463664
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Hasidah Mohd Sidek, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Liew Shang Zhe (P67463) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:33:26Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:33:26Z | - |
dc.date.issued | 2017-01-08 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:98890 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463664 | - |
dc.description | Gleichenia truncata, sejenis paku pakis dalam famili Gleicheniaceae, ialah tumbuhan boleh dimakan yang kerap digunakan di kalangan masyarakat pribumi di Asia sebagai rawatan tradisional terhadap demam dan inflamasi. Metil-4-hidroksisinamat ialah antara sebatian bioaktif yang dikenalpasti dalam ekstrak kasar metanol G. truncata. Asas saintifik bagi kegunaan anti-inflamasi G. truncata masih belum lagi diketahui. Kajian sebelum ini melapor bahawa ekstrak kasar metanol G. truncata mempamer aktiviti perencatan glikogen sintase kinase-3β (GSK3β). GSK3β ialah komponen hiliran tapak jalan pengisyaratan fosfotidilinosiol-3-kinase/Akt (PI3K/Akt) dan memain peranan penting dalam pengawalaturan inflamasi berikutan infeksi bakteria. Hasil kajian di makmal kami sebelum ini menunjukkan bahawa perencatan GSK3β meningkatkan kemandirian mencit terinfeksi-B. pseudomallei. B. pseudomallei ialah agen etiologi penyakit melioidosis yang endemik di kawasan tropika. Justeru kajian ini bertujuan untuk menilai kesan perlakuan G. truncata dan metil-4-hidroksisinamat terhadap kemandirian mencit terinfeksi-B. pseudomallei dengan menggunakan model infeksi B. pseudomallei in vivo. Hasil kajian menunjukkan bahawa perlakuan dengan ekstrak metanol G. truncata pada dos 150 mg/kg berat tubuh (BT) atau metil-4-hidroksisinamat (100 mg/kg BT) secara intraperitoneum meningkatkan secara signifikan (P<0.05) kemandirian mencit terinfeksi-B. pseudomallei sebanyak 44% dan 11% masing-masing berbanding kumpulan kawalan. Muatan bakteria dalam hepar dan limpa mencit terinfeksi yang diberi perlakuan G. truncata atau metil-4-hidroksisinamat masing-masing tidak berbeza secara signifikan (P>0.05) berbanding kawalan tanpa perlakuan. Analisis western menunjukkan peningkatan signifikan (P<0.05) bagi keamatan jalur pGSK3β (Ser9) dalam sampel hepar dan limpa mencit terinfeksi-B. pseudomallei berikutan perlakuan dengan G. truncata berbanding kawalan tanpa perlakuan. Namun demikian, tiada peningkatan secara signifikan (P>0.05) bagi keamatan pGSK3β (Ser 9) dikesan dalam mencit terinfeksi yang diberikan perlakuan metil-4-hidroksil sinamat (100 mg/kg bt). Perlakuan mencit dengan G. truncata mengakibatkan aras sitokin pro-inflamasi, faktor nekrosis tumor alfa (TNF-α) dan interferon gamma (IFN-γ) dalam serum, hepar dan limpa mencit terinfeksi-B. pseudomallei berkurangan secara signifikan(P<0.05) berbanding kawalan tanpa perlakuan manakala peningkatan aras sitokin anti-inflamasi interleukin-10 (IL-10) dikesan pada serum berbanding kawalan. Secara keseluruhan, hasil kajian ini mencadangkan bahawa peningkatan kemandirian mencit terinfeksi-B. pseudomallei dan modulasi sitokin inflamasi yang dicerap berikutan perlakuan mencit terinfeksi-B. pseudomallei dengan G. truncata melibatkan perencatan GSK3β. Penemuan dalam kajian ini menyumbang kepada asas saintifik tentang kegunaan etnoperubatan G. truncata dalam mengurangkan inflamasi semasa infeksi bakteria.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Paku pakis | - |
dc.subject | Inflamasi | - |
dc.subject | Glycogen synthase kinase-3 | - |
dc.title | Kesan perlakuan ekstrak kasar Gleichenia truncata terhadap kemandirian mencit terinfeksi-Burkholderia pseudomallei | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 121 | - |
dc.identifier.callno | QP606.P76L534 2017 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 003209(2018) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_98890+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 340.88 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.