Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463663
Title: Pencirian struktur dan sifat fisikokimia getah asli cecair termodifikas
Authors: Nur Hanis Adila Azhar (P80264)
Supervisor: Siti Fairus Mohd Yusoff, Dr.
Keywords: Polymers
Issue Date: 4-Nov-2017
Description: Getah asli cecair (LNR) termodifikasi mudah dijalankan modifikasi kimia kerana mempunyai rantai polimer yang lebih pendek, kelikatan yang rendah serta keupayaan untuk mengalir pada suhu bilik. Dalam kajian ini, modifikasi kimia yang dilakukan adalah pengoksidaan LNR, penghidrogenan LNR dan penghidrogenan getah asli cecair terepoksida (LENR). Sebelum dilakukan modifikasi kimia, LNR dihasilkan terlebih dahulu melalui penguraian fotopemeka ke atas getah asli (NR). Tindak balas pengoksidaan ke atas LNR dijalankan menggunakan sistem pemangkinan Na2WO4/CH3COOH/H2O2 menghasilkan LENR dan LNR terhidroksil (LNR-OH). LNR-OH diperolehi apabila tindak balas pengoksidaan dijalankan pada masa yang lebih panjang, suhu yang lebih tinggi atau amaun mangkin yang berlebihan. Penghidrogenan ke atas LNR dan LENR (50 mol% kandungan epoksi), masing-masing menghasilkan LNR terhidrogen (HLNR) dan LENR terhidrogen (HLENR) melalui penguraian terma p-toluenasulfonil hidrazida (TSH). Struktur kimia LNR, LENR, LNR-OH, HLNR dan HLENR dicirikan melalui spektroskopi inframerah transformasi Fourier (FTIR) dan resonans magnet nukleus (NMR). Peratus penghidrogenan, kandungan kumpulan epoksi dan hidroksil dikira daripada integrasi puncak spektrum 1H NMR. Pengoksidaan ke atas LNR pula dijalankan dengan mengkaji kesan CH3COOH, H2O2, Na2WO4, masa dan suhu tindak balas bagi mendapatkan kandungan epoksi yang optimum. Pengoksidaan yang optimum bagi menghasilkan LENR (98.3%) diperolehi apabila tindak balas dijalankan menggunakan 3 mL CH3COOH, 20 mL H2O2, 0.168 g Na2WO4, pada suhu 80 °C selama 8 jam. Bagi penghidrogenan LNR, peratus penghidrogenan yang optimum (95.9%) dicapai dengan memanipulasikan parameter tindak balas seperti nisbah berat TSH:LNR, pelarut dan masa tindak balas. Keadaan optimum yang digunakan adalah nisbah berat TSH:LNR, 3:1 dalam o-xilena pada suhu 130 °C selama 4 jam. Untuk penghidrogenan LENR pula, parameter kajian yang dikaji adalah nisbah berat TSH:LENR, suhu, masa dan pelarut tindak balas. Penukaran penghidrogenan LENR optimum (90.1%) diperolehi pada 130 °C selama 4 jam dengan nisbah berat TSH:LENR 1:1 dalam o-xilena. Sifat terma LNR, LENR, LNR-OH, HLNR dan HLENR dianalisis menggunakan analisis termogravimetri (TGA) dan kalorimetri pembezaan imbasan (DSC). Berdasarkan analisis TGA, suhu penguraian maksima LNR meningkat apabila modifikasi kimia LNR (380.0 °C) kepada LENR (419.4 °C), LNR-OH (403.8 °C), HLNR (462.3 °C) dan HLENR (445.6 °C) dijalankan. Nilai Tg yang diperolehi daripada analisis DSC turut menunjukkan peningkatan daripada LNR (-65.8 °C) kepada LENR (14.1 °C), LNR-OH (22.1 °C), HLNR (-54.6 °C) dan HLENR (-1.5 °C). Berat molekul dan indeks kepolisebaran (PDI) bagi LNR dan LNR termodifikasi dikaji melalui kromatografi penelapan gel (GPC). Modifikasi kimia yang dilakukan ke atas LNR telah mengurangkan berat molekul LNR termodifikasi. Kesemua LNR termodifikasi menunjukkan sifat polimer semihablur.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 147
Call Number: QD381.N847 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98889+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
106.41 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.