Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463662
Title: Kesan air elektrolit ke atas tumbesaran dan kualiti air dalam pengkulturan juvenil udang galah, Macrobracium rosenbergii (De Man 1879)
Authors: Muhamad Syahmin Aiman Sahrir (P72479)
Supervisor: Mushrifah Idris, Prof. Dato' Seri Dr.
Keywords: Water -- Purification
Issue Date: 3-Jul-2017
Description: Rawatan air elektrolit (EW) adalah salah satu kaedah untuk merawat air yang mesra alam tanpa menggunakan bahan kimia dan dihasilkan dengan menggunakan larutan garam cair (NaCl) yang melalui sel elektrolitik yang mempunyai anod dan katod elektrod. Air elektrolit kerap digunakan sebagai disinfektan dalam industri makanan dan aktiviti akuakultur. Kebiasaannya, bahan kimia sering digunakan dalam mengatasi serangan kepada ternakan akuatik. Walaubagaimanapun, penggunaan bahan kimia dalam aktiviti akuakultur akan memberi kesan kepada persekitaran. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan potensi dan kesan penggunaan EW kepada penternakan juvenil udang galah. Juvenil udang galah ataupun Macrobrachium rosenbergii telah didedahkan dengan peratusan EW yang terdiri daripada anolit dan katolit yang berbeza dan dilabel sebagai rawatan A1 (1% anolit dan 0.5% katolit), B1 (1% anolit dan 1% katolit), C1 (2% anolit dan 0.5% katolit, D1 (2% anolit dan 1% katolit) dan Kawalan (tanpa EW) dalam 3 replikasi setiap rawatan. Setelah 56 hari pendedahan, rawatan A1 menunjukkan pembesaran yang tinggi dengan nilai kadar pertumbuhan spesifik 5.11% dan menunjukkan perbezaan yang ketara (p<0.05) berbanding dengan Kawalan. Kadar hidup (%) dalam rawatan A1, Kawalan, B1 adalah tinggi jika dibandingkan dengan rawatan C1 dan D1 dengan nilai masing-masing 73%, 70%, 63%, 53% dan 50%. Peratusan EW dengan 1% anolit dan 0.5% katolit dalam eksperimen 1 dipilih untuk diuji pada eksperimen ke 2 kerana menunjukkan hasil pertumbuhan yang baik pada udang dieksperimen 1. Peratusan tersebut diuji dengan sistem akuakultur berkitar (Recirculating Aquaculture System, RAS) dalam eksperimen 2. Rawatan untuk kajian ditandakan dengan rawatan A2 (EW sahaja), B2 (EW dan RAS), C2 (RAS) dan rawatan Kawalan (tanpa RAS dan tanpa EW). Hasil dari kajian menunjukkan tumbesaran udang dan kadar hidup udang dalam rawatan B2 adalah tinggi berbanding dengan rawatan yang lain. Bilangan bakteria (cfu) dalam rawatan yang menggunakan EW dalam eksperimen 1 dan eksperimen 2 menunjukkan penurunan yang ketara berbanding dengan rawatan yang tidak menggunakan EW dalam kedua-dua eksperimen. Peratusan EW dengan 1% anolit dan 0.5% katolit dilihat dapat meningkatkan tumbesaran, kadar hidup udang galah dan mengurangkan bilangan bakteria dalam air apabila digabungkan dengan sistem RAS. Kajian ini menunjukkan potensi penggunaan EW dalam penternakan udang galah.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 93
Call Number: TD430.M847 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98888+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
158.81 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.