Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463660
Title: Analisis protein berdasarkan kesan suhu bagi dinoflagelat, Alexandrium minutum
Authors: Norhidayu Abdul Latib (P70726)
Supervisor: Nurul Yuziana Mohd Yusof, Dr.
Keywords: Protein
Dinoflagellates
Issue Date: 18-Jan-2017
Description: Ledakan Alga Merbahaya (Harmful Algae Bloom atau HAB) tercetus apabila berlakunya peningkatan kepadatan bilangan sel mikroalgal iaitu dinoflagelat di permukaan air terutamanya laut. Fenomena HAB ini secara tidak langsung boleh menjejaskan ekosistem, kesihatan dan ekonomi. Oleh itu, pelbagai kajian telah dilakukan khususnya untuk memahami sifat fisiologi dinoflagelat itu sendiri selain daripada mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan HAB berlaku seperti suhu, saliniti serta kandungan nitrogen dan ammonia. Alexandrium minutum yang merupakan salah satu spesies dinoflagelat yang mengandungi saksitoksin yang boleh menyebabkan Keracunan Kerang-Kerangan (PSP) telah dipilih untuk dikaji. Kajian ini merangkumi dua objektif utama iaitu mengkaji kesan suhu terhadap profil penghasilan protein A. minutum dan seterusnya mengenal pasti protein yang dihasilkan oleh A. minutum berdasarkan suhu berbeza. Dalam kajian ini, A. minutum telah dikulturkan dan dieram pada tiga suhu berbeza iaitu suhu rendah (16°C), suhu kawalan (26°C) dan suhu tinggi (31.5°C) selama 24 j sebelum dituai. Protein A. minutum kemudiannya diekstrak menggunakan kaedah TRIzol. Protein yang telah diekstrak ditentukan kualiti dan kuantitinya menggunakan mesin Bioanalyzer. Bagi mendapatkan jalur protein untuk dikenal pasti menggunakan analisis spektrometri jisim MALDI-TOF/TOF, SDS-PAGE telah dilakukan. Terdapat 11 jalur protein yang telah diperoleh daripada suhu kawalan, 26°C. Walau bagaimanapun, hanya tujuh jalur protein yang kelihatan pada ketiga-tiga suhu telah dipilih untuk dikenal pasti manakala empat jalur lagi tidak kelihatan pada suhu tinggi, 31.5°C. Bagi analisis statistik, empat julat saiz protein telah digunakan untuk perbandingan profil penghasilan protein berdasarkan suhu kultur. Apabila dibandingkan dengan suhu kawalan (26°C), protein pada julat saiz 15-17 kDa yang dihasilkan oleh kultur A. minutum yang dieramkan pada suhu yang lebih rendah, 16°C dan suhu yang lebih tinggi, 31.5°C menunjukkan penurunan yang signifikan iaitu masing-masing pada peratusan jumlah keluasan sebanyak 17.7 ± 2.1 % dan 23.5 ± 10.1%.Walau bagaimanapun, kedua-kedua suhu rendah, 16°C dan suhu tinggi, 31.5°C menyebabkan kenaikan yang signifikan bagi protein berjulat saiz 31 - 33 kDa dan 55-57 kDa pada peratusan jumlah keluasan yang lebih tinggi berbanding suhu kawalan iaitu masing-masing sebanyak 25.0 ± 7.3% dan 38.2 ± 5.9 serta 8.4 ± 3.9 dan 11.2 ± 2.8. Bagi protein pada julat saiz 42 - 45 kDa pula, perubahan penghasilan protein adalah tidak signifikan berbanding suhu kawalan, 26°C. Hasil daripada analisis pengenalpastian protein, terdapat dua protein yang dapat dikenalpasti iaitu protein pengikat peridinin-klorofil a (PCP) dan ribulosa-1,5-bifosfat karboksilase/oksigenase (RuBisCo) yang terlibat dalam proses fotosintesis. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati suhu mungkin mempengaruhi penghasilan beberapa protein oleh A. minutum terutamanya protein-protein yang terlibat dengan proses fotosintesis.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 82
Call Number: QL368.D6N647 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98886+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
689.52 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.