Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463658
Title: Penyediaan dan pencirian membran poli(vinilidina fluorida) (PVDF)/getah asli terepoksida (ENR) (PDVF/ENR) tanpa penyokong untuk rawatan efluen minyak kelapa sawit (POME)
Authors: Norliyana Mod (P73231)
Supervisor: Rizafizah Othaman, Prof. Madya Dr.
Keywords: Membran
Efluen
Membranes (Technology)
Issue Date: 10-Aug-2017
Description: Teknologi membran semakin mendapat perhatian kerana dapat merawat efluen kilang kelapa sawit (POME) secara efisien. Adunan PVDF/ENR dapat menghasilkan membran tanpa penyokong untuk meningkatkan kecekapan rawatan POME. Objektif kajian ini ialah menghasilkan membran poli(vinilidina fluorida) (PVDF)/getah asli terepoksida (ENR) (PVDF/ENR) tanpa penyokong menggunakan kaedah penuangan larutan untuk rawatan POME. Nisbah berat antara PVDF dan ENR divariasikan kepada 0/100, 20/80, 40/60, 60/40, 80/20, dan 100/0 %brt. Sifat kimia, fizik, dan mekanik membran dianalisa. Rawatan efluen sebenar dijalankan pada skala makmal. Daripada spektrum infra merah (FTIR) dapat dilihat tiada perubahan atau penambahan puncak serapan menunjukkan PVDF dan ENR tidak berikatan secara kimia. Termogram kalorimetri pengimbasan pembezaan (DSC) menunjukkan pembentukan puncak tunggal suhu peralihan kaca (Tg) hasil daripada kebolehcampuran PVDF/ENR, manakala interaksi antara muka PVDF dan ENR ditunjuk melalui anjakan puncak Tg dalam termogram. Analisis transformasi Fourier-resonans magnet nukleus (FT-NMR) menjelaskan interaksi antara PVDF dan ENR adalah interaksi fizikal. Mikrograf mikroskop imbasan elektron (SEM) menunjukkkan taburan liang yang rawak hasil daripada proses pembalikan fasa dan purata saiz diameter liang bertambah pada permukaan membran dengan penambahan nisbah ENR, dan keporosan membran berkurang dengan penambahan ENR. Ini adalah kerana faktor pertukaran pelarut N,N-Dimetilasetamida (DMAc)/tetrahidrofuran (THF) dengan air mempengaruhi penghasilan liang membran. Kekuatan tegasan semakin bertambah dengan nisbah PVDF, dan dengan bantuan ENR yang elastik membantu PVDF dapat menahan daya terikan yang dikenakan. Bacaan sudut sentuhan menunjukkan membran semakin bersifat hidrofobik apabila nisbah PVDF yang digunakan semakin bertambah. Membran PVDF/ENR dapat menelap air daripada POME dengan baik dalam ujian ketelapan. Purata peratusan pengurangan keperluan oksigen kimia (COD) untuk POME selepas rawatan ialah 93.4 ± 0.2%, keperluan oksigen biokimia (BOD) ialah 78.0 ± 2.3%, jumlah pepejal terampai (TSS) ialah 93.3 ± 3.3%, dan pH ialah 8.4 ± 0.2% hasil daripada sekali penurasan. Membran PVDF/ENR 60/40 %brt dapat menyingkirkan peratusan COD dan BOD yang paling tinggi berbanding nisbah yang lain iaitu 93.5% dan 78.6%. Keseluruhannya, membran PVDF/ENR efektif dan sesuai untuk merawat POME.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 85
Call Number: TP159.M4N647 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98884+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
324.22 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.