Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463653
Title: Penggunaan pengolahan kaedah biologi dan osmosis songsang untuk rawatan sisa kumbahan kilang minyak sawit bagi penghasilan biogas dan baja organik
Authors: Lai Mee Ee (P52181)
Supervisor: Jumat Salimon, Prof. Dr.
Keywords: Minyak sawit
Sisa kumbahan
Membran osmosis songsang
Rawatan anaerobik
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 13-Aug-2016
Description: Rawatan sisa kumbahan kilang minyak sawit (POME) menerusi teknologi anaerobik dan penggunaan membran osmosis songsang telah dijalankan. Proses pra rawatan dilakukan dengan menggunakan tangki pengasingan secara graviti yang bertujuan untuk mengasingkan pepejal yang terampai serta minyak dalam POME. Proses pra rawatan ini telah membantu mengurangkan kandungan minyak (20%) serta mengurangkan tahap keasidan POME (sehingga pH 5.5). Sampel selepas rawatan anaerobik dan membran osmosis songsang dinalisa bagi menentukan BOD, COD, pepejal termendap, tahap alkaliniti, suhu dan pH, kekeruhan serta penghasilan biogas. Hasil kajian menunjukkan penurunan lebih 90% bagi kedua-dua BOD dan COD pada julat pH 6.5-7.5 selepas rawatan anaerobik dengan masa retensi 10 hari. Manakala, kedua-dua parameter mencatatkan penurunan sebanyak 30% selepas proses aerobik yang menggunakan masa retensi 3 hingga 4 hari sahaja. Penggunaan membran osmosis songsang selanjutnya menghasilkan air terawat berkualiti tinggi dengan jumlah penurunan sebanyak 99.9% bagi semua parameter yang dikaji. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa integrasi rawatan anaerobik dan sistem membran osmosis songsang ini sangat berkesan dalam merawat POME.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 112
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_85654+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
204.55 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.