Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463651
Title: | Penghasilan stok asas biopelincir berasaskan neopentil glikol dan asid oleik |
Authors: | Vanitah Rajaendran (P72602) |
Supervisor: | Muhammad Rahimi Yusof, Dr. |
Keywords: | Biopelincir Kimia neopentil glikol Asid oleik Proses pengesteran Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 1-Aug-2016 |
Description: | Stok asas biopelincir berasaskan modifikasi kimia neopentil glikol (NPG) dan asid oleik telah dihasilkan. Proses pengesteran antara NPG dan asid oleik dilakukan bagi menghasilkan dioleat NPG (DONPG) dengan peratus hasil sebanyak 80%. Keadaan optimum bagi tindak balas ini adalah pada suhu 130 °C, selama 4 jam dengan kehadiran 2% (w/w) mangkin asid sulfurik. Nisbah mol NPG: asid oleik yang digunakan adalah 1:2. Penghasilan DONPG disahkan melalui analisis kromatografi gas. Kestabilan oksidatif dan suhu takat tuang DONPG adalah masing- masing 177 °C dan -44 °C. Takat kilat DONPG pada 200 °C dengan indeks kelikatan adalah 227.DONPG seterusnya dilakukan tindak balas pengepoksidaan untuk menghasilkan epoksida DONPG (EDONPG). Keadaan optimum bagi tindak balas pengepoksidaan adalah pada suhu; 40 °C, selama; 3 jam dan nisbah mol DONPG: asid formik:hidrogen peroksida; 1:3:4. Nilai kandungan oksigen oksirana (OOC) produk adalah 4.6% dengan peratus relatif penukaran oksirana (RCO) sebanyak 97.5%. Peratus hasil bagi EDONPG adalah 83%. Hasil analisis sifat fizikokimia adalah kestabilan oksidatif; 197 °C, takat tuang; -18 °C, takat kilat; 205 °C dan indeks kelikatan; 218.Tindak balas pembukaan gelang dilakukan ke atas EDONPG untuk menghasilkan dihidroksitetraoleat NPG (DHTONPG) sebanyak 88%. Keadaan yang optimum bagi tindak balas ini adalah pada suhu 120 °C selama 5 jam dengan peratus mangkin asid sulfurik 1% (w/w). Nisbah mol ratio EDONPG: asid oleik bagi tindak balas ini adalah 1:1. Analisis sifat fizikokimia DHTONPG mempunyai kestabilan oksidatif; 170°C, takat tuang; -36 °C, takat kilat; 290 °C dan indeks kelikatan; 227. Nilai hidroksil bagi tindak balas ini adalah 157 mg/KOH. Tindak balas pengesteran kumpulan hidroksil DHTONPG dengan asid oleik yang menghasilkan heksaoleat NPG (HONPG) dengan peratus hasil sebanyak 74%. Keadaan yang optimum bagi tindak balas ini adalah suhu; 130 °C, selama; 5 jam, peratus asid sulfurik; 1% (w/w) dan nisbah mol ratio DHTONPG: asid oleik; 1:1. Kestabilan oksidatif dan takat tuang HONPG adalah 172°C dan -38 °C masing- masing. Takat kilat adalah 310 °C. Indeks kelikatan HONPG adalah 265. Setiap produk dianalisa menggunakan FTIR bagi pengecaman kumpulan berfungsi yang hadir. Pencirian menggunakan 13C NMR dan 1H NMR telah dilakukan bagi mengenalpasti struktur molekul produk. DONPG dapat dihasilkan pada keadaan yang sederhana dengan hasil yang tinggi.Modifikasi kimia ke atas ester NPG yang dilakukan telah menghasilkan stok asas biopelincir dengan ciri- ciri biopelincir yang baik.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 128 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_85652+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 85.8 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.